Selasa, 11 November 2008

Kepentingan Air Kepada Tubuh Badan


Surah Al Anfal Ayat 11:

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ
وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).



Air merupakan elemen yang paling mustahak dalam menyumbang kepada penurunan berat badan... ini kerana fungsi utama air dalam proses ini adalah bagi membuang semua toksin dan juga lemak lemak daripada badan...

Antara tugas tugas air adalah seperti berikut:
1) Mengurangkan rasa lapar
2) Membantu sistem metabolisma lemak yang tersimpan, fungsi hati adalah bagi memproses segala lemak tersebut dan dihantar ke buah pinggang untuk dibuang... namun begitu sekiranya air tidak mencukupi..lemak lemak tersebut tidak dapat dikeluarkan dan akan menjejaskan sistem pencernaan badan
3) Mengurangkan simpanan lemak dalam badan
4) Menyembuh masalah sembelit
5) Menjana pertumbuhan otot
6) Mengurangkan kandungan garam
7) Membuang toksin dan sisa kumbuhan


Begitu indah Molekul Zam-zam, air segala air diturun kepada hambaNYA.



Tips untuk minum air
1) Tubuh badan kita memerlukan 2-3 liter air sehari, cara untuk mendapatkan kuantiti air yang mencukupi adalah dalam 8 gelas air sehari,minum walaupun tidak berasa haus
2) Minum sedikit sedikit air, supaya badan tidak terhidrat dan jangan minum sekaligus nanti mempunyai kesan buruk kepada buah pinggang
3) Air yang terbaik adalah Zam-zam kerana molekulnya merupakan anti oksida
4) Pastikan air yang diminum bersih, dan dimasak supaya dapat mengelakkan jangkitan, terutamanya kalau berada di kawasan epidemik cholera, kawasan banjir dan kawasan kemarau

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812