Selasa, 17 Mac 2015

Homemade Hummus Kacang Kuda

Salam Warahmah Semua, Hari ini saya ingin kongsikan Snek Sihat yang saya suka makan sebagai pengganti minum petang kebiasaan kita.Makanan ini berasal dari Timur Tengah dan saya masa belajar dahulu memang suka makan, mereka ambil untuk Sarapan pagi dan juga sebagai Pembuka Selera (Mezze)




Cara menyediakannya, kita rendam kacang kuda semalaman, kalau tidak sempat boleh beli yang dalam tin yang sudah direbus atau kadang kala boleh juga beli di pasar malam di tempat jualan kekacang rebus.

Kacang ini direbus sehingga masak, dan kalau ingin tahu sudah empuk hanyalah ambil satu dan rasa, saya biasanya rebus dengan sedikit minyak zaitun dan garam


Kacang kuda adalah sumber protein yang Sihat, kalau ingin tahu apa kebaikan makan hummus ini boleh rujuk posting dari

http://www.huffingtonpost.com/2014/02/26/hummus-health-benefits_n_4834315.html


Gunakan pengisar untuk hancurkan kacang yang direbus, buat 2-3 kali sehingga hancur.Tambah air rebusan kacang kuda tadi untuk dapatkan teksur yang kita inginkan


Boleh jugakan minyak zaitun masa mengisar dan juga diletakkan di atas hummus sebelum dihidangkan


Saya suka rasa berempah jadi saya pakai daun thyme, kalau anda ingin letak pes bijan tahini lagi sedap, boleh beli di kedai jualan makanan Arab.Saya suka juga tambah lemon dan bawang putih yang sudah dibakar atau goreng tanpa minyak supaya naik aromanya.. aduii lapar pulak sambil menaip ini.Kalau ingin lebih bagus lagi boleh tambah satu sudu Formula 3 Protein.


Garam sebagai perasa, carilah garam bukit atau yang terbaik yang kita boleh gunakan.Saya hanya letak sedikit sahaja


Record Dunia penyediaan Hummus, 10,000 kg di Beirut Lebanon

Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812