Jumaat, 27 Mac 2015

Egypt Air Business Class KUL - CAI - KRT

Salam Warahmah, Tiba tiba teringat Travel ke Mesir, Saya rasanya dah 4 kali pergi ke Bumi Anbiya ini, Hari ini kebetulan buka balik komputer jumpalah gambar Naik Flight Egyptair.


Trip ini berlaku pada 2007 Sebelum saya menunaikan Haji.Kebetulan balik Sudan dari Malaysia, Harga Tiket ada Promosi Egypt Air, dan Tambah USD 100 dapat Business Class dan 40kg luggage.Saya sebelum ini berniaga Cafe dan Katering di Sudan jadi amat memerlukan bagasi yang banyak untuk bawa stok rempah ratus dan peralatan memasak.


 Masa ini Egypt Air Belum lagi menjadi Ahli Star Alliance, memang sebab itu harga dan servisnya tidaklah sebagus sekarang.Sebelum menaiki Pesawat sempat juga ke Malaysia Airlines International Golden Lounge, masa tersebut bateri dah habis jadi tak sempat ambil gambar.


Ok Panggilan ke Pesawat, Penumpang Business Class boleh masuk bila bila masa, saya buat keputusan untuk masuk lambat sikit sebab nak telefon dan relaks relaks sikit.

Masuk kabin dapat duduk depan, dihidangkan dengan Air Jus Epal dari Kotak, Sangat manis hehe.Penerbangan dari Kuala Lumpur mengambil masa 10 jam ke Cairo, penerbangan terus tanpa transit.Selepas ke udara dalam 1 jam, penumpang dijamu dengan makan Malam.

 Roti Ban yang panas disediakan, sedap dan rasa sangat crunchy, walaupun dah kenyang melantak di Lounge masih ada Ruang untuk makan lagi hehehehe



 Menu Makan Malam adalah Tuna Salad, Sup Labu, Cheese dan Hidangan utama saya ambil Grill Chicken dengan Black Pepper Sauce.


 Minuman ambil Jus Oren pula, tidaklah masam seperti disangka


 Grill Chicken, dihidangkan dengan Ubi kentang, Kacang peas dan Lobak Merah



 Akhiri Makan malam dihidangkan Buah Buahan Segar dan ada Biskut untuk makan dengan Cheese

 Tambah pula Air Berkabonat tinggi gula hahahaha sambil tengok Personal TV.Masa 2000 memang jarang tempat duduk kelas ekonomi ada TV seperti sekarang, biasanya Business Class Sahaja

Masa untuk Tidur hehehe
Sebelum sampai Cairo, dihidangkan Kek dan Air Teh Susu, sebagai Alas Perut


Penerbangan Seterusnya dari CAIRO ke KHARTOUM

Menunya Sarapan Pagi, Telur dengan Chicken Sausage dan juga Cold Cut

Alhamdullillah sampai destinasi dengan selamat!
 
Blog Kembara Dr Kamarul dapat ucapan Terima Kasih dari FB Page Egyptair Malaysia


Penafian dan Penolakan Tuntutan = Saya belum makan Herbalife masa 2007, 
harap maklum heheh, saya mula makan Herbalife pada 2008


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812