Jumaat, 13 Mac 2015

10 Personaliti Manusia

Salam Warahmah, Hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin kongsi 10 Personalti Manusia yang saya belajar dari Akademi Pembangunan Diri.Kalau orang yang bekerja, berniaga dan juga hidup dalam komuniti biasanya akan hadapi situasi krisis personaliti disebabkan perbezaan sifat individu.Ok boleh baca entri ini untuk panduan
 


1)Knows Everything
Tahu Segala-galanya




Individu seperti ini rasa seperti sudah tahu segalanya, apabila ditanya boleh jawab tidak ditanya pun boleh luarkan pandangan, dan pandangan tidak semestinya ada fakta yang kukuh.Hati hati apabila berhadapan dengan individu seperti ini, kalau dalam alam siber kita panggil keyboard warrior.Semua topik beliau seakan akan mahir dan alim, namun sebenarnya ego dan sombong, orang melayu panggil bodoh sombong.

Kalau dalam situasi berniaga, seolah olah tahu segalanya, padahal banyak kesilapan berlaku, dan tidak pernah muhasabah.Individu ini tidak suka kepada pembelajaran baru dan sering gagal dalam usahanya.Semua ilmu baru ada pembaharuan setiap masa, kalau kita rasa sudah pandai kenapa masih berada di takuk yang lama? Sebab itu Ayat pertama dalam Al-Quran " Iqra" Bacalah, supaya kita terus belajar dan terus belajar perbaiki diri.

Tugas kita apabila berhadapan dengan individu seperti ini, berikan kasih sayang dan juga sabar.

2)Resistant Person
Suka mengelak



 Individu seperti ini sentiasa mengelak apabila berhadapan dengan situasi dalam hidupnya, kalau ada cabaran akan lari dari tanggung jawabnya, dan juga sentiasa bina alasan untuk menutup kesalahan atau kesilapan yang berlaku

Kalau individu ini berniaga,  akan cuba lari dari memberikan servis terbaik, hehe lari bayar income tax dan juga cuba cari perkara untuk mengelat.

Cara kita bantu individu seperti ini, berikan kasih sayang dan lebih kasih sayang lagi.

3)Dependent Person
Suka Bergantung

Adui, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.Individu ini seakan akan helpless, sentiasa bergantung kepada kita, hatta tugasan yang sangat mudah perlu juga bantuan, seperti contoh " Maaflah saya tidak ada transport, boleh ambil saya" walaupun sebenarnya ada jer solusi seperti menaiki pengangkutan awam.Saya sendiri masa mula berniaga pada 2000 pun sama tiada pengangkutan, boleh jer naik KTM LRT dan BAS ke sana sini.Cari Sebab untuk berubah.Kalau buat perniagaan akan cari peluang untuk subsidi paling tinggi, kadang kala malas untuk belajar dan juga harapkan orang lain untuk membuat pembentangan, tindakan susulan dan pengurusan asas.Sekarang bukan lagi musim Spoon Feeding segalanya disuapkan, oleh itu perlulah elakkan terlalu banyak bergantung.

Cara membantu individu seperti ini berikan lagi kasih sayang, ingat masa kita menaiki basikal masa kecil dahulu, memang awalnya sukar tetapi selepas cuba dan gagal berkali kali kita pasti boleh menunggang dengan baiknya.

4)Hostile Person
Suka menyerang


Lari Lari!!! Individu ini memang sangat baran dan cepat naik angin.Salah sedikit akan memberikan reaksi yang melampau.Dalam hidup ini kadang kala tidak semua situasi win win pada pihak kita dan pihak lawan, ada kalanya kita perlu mengalah dan bersabar.Kalau memang pemarah bagus ambil wudhuk dan sentiasa istigfar, bersyukur sentiasa walaupun diuji.

Cara membantu individu seperti ini adalah KASIH SAYANG dan KASIH SAYANG

5)Silent Person
Pendiam

Individu seperti ini seperti ada emas di mulut, sangat pendiam dan kurang bercakap.Ada kalanya bagus juga daripada mengumpat atau mengata.Tetapi kalau terlalu pendiam juga tidak bagus untuk komuniti.Interaksi sangat penting untuk komunikasi dua hala.Pernah saya terjumpa rakan saya yang sangat pendiam, bayangkan satu keluarga pendiam, saya pernah naik kereta sekali dan selama 1 jam perjalanan 2-3 patah perkataan sahaja dikeluarkan.Adui, penat juga bila situasi seperti ini.Pendiam dan Pemalu berbeza ya, pemalu hanya diam pada orang yang tidak dikenali, tetapi aktif berbicara pada rakan dan keluarga.

Cara kita bantu individu seperti ini, berikan Kasih Sayang


6)Talkative Person
 Suka bercakap banyak


Dari mula jumpa sampai berejam rejam tak habis habis bercakap, kalau dalam perbualan hanya individu ini yang ingin jadi juara komunikasi.Kadang kala hanya tidur sahaja baru hilang suara sebentar.Hati hati kadang kala percakapan yang terlalu banyak ini boleh menyinggung perasaan orang lain.

Cara kita bantu individu seperti ini, berikan Kasih Sayang dan Nasihat untuk Berehat dan Relax

7)Depressive Person
Jenis Tertekan


Sikit sikit down, sikit sikit tertekan, benda kecil benda besar semua sama, yang peliknya sampai kehidupan orang lain yang tidak ada kena mengena pun bila tahu jadi tambah tertekan.Harap sabar duhai hati, perasaan seperti ini kadang kala tidak betul, selalulah hadir majlis ilmu dan majlis yang positif, elakkan bersendirian, cari kawan kawan yang baik dan sentiasa memberikan inspirasi, lakukan perubahan dengan bersyukur dengan sekecil kecil kesyukuran.Saya bersyukur hari ini dapat menghirup udara segar dari Allah, bersyukur ada satu hari lagi untuk berubah dan memperbaiki masa depan.

Cara kita bantu dengan Kasih sayang yang sangat tinggi

8)No Personality
Tidak pasti personaliti


Kadang kala pendiam, kadang kala pemarah kadang kala tidak tahu apa sebenarnya.Individu seperti ini sukar dibaca, sering berubah dan tidak tetap pendiriannya.

Cara kita bantu, berikan Kasih Sayang berpanjangan

9)Always Regretting
Selalu menyesali

Barang yang lepas jangan dikenang, buang yang keruh ambil yang jernih.Tidak ada gunanya sentiasa menyesali perbuatan dan kejadian yang lepas.Kita tidak boleh mengubah semalam, tetapi kita boleh ubah masakini dan masa depan.Kalau kita bersalah, mohonlah keampunan, hadapi situasi dengan tenang dan insya Allah masih ada peluang untuk kita capai hasrat kita.

Cara bantu adalah dengan memberikan Kasih Sayang


10)Positive, Love to listen,love to talk good heart
Positif, Suka mendengar, suka bercakap,berjiwa besar

Kita mencari individu seperti ini untuk menjadi Rakan kita, Sahabat baik kita, dan Rakan Kongsi Perniagaan kita.Seorang yang berjiwa besar, Suka mendengar, Suka membantu orang lain dan sangat Amanah.Orang nombor 10 ini adalah permata kita yang perlu kita gilap dan jaga.Kita yang perlu menjadi sifat seperti ini barulah kita akan menarik minat rakan rakan yang sama.

Kesimpulan perkongsian ini, cuba muhasabah semula rakan rakan dan sahabat baik kita.Berapa ramai yang No 1 hingga No 9 ? Kita mampu lakukan perubahan.Saya syorkan banyakkan rakan rakan no 10 supaya kehidupan kita lebih bermakna.Kalau di FB biasanya bagus Unfollow sesiapa yang negatif dan tidak membantu perkembangan sahsiah kita.Insya Allah hanya Jauhari yang mengenal manikam.Jadilah Insan terbaik.




Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812