Selasa, 20 Mei 2014

Online Shopping Tesco Malaysia

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsi pengalaman pertama kali menggunakan online shopping tesco, sangat bagus untuk mereka yang sibuk bekerja, dan ia menjimatkan masa tenaga dan wang kita berbanding kita pergi sendiri ke supermarket membeli barang, pengalaman kami kalau beli barang sendiri memang sukar untuk buat budget, pergi balik minima perlu 2 jam juga tidak termasuk kalau berhenti makan dan pusing pusing bersama anak anak.

1. Lokasi Liputan Tesco 


Check dahulu lokasi anda termasuk dalam service tesco ini, seperti kami di Alam Impian sebelum ini tidak termasuk dalam list, setelah beberapa bulan baru ada.

http://www.tesco.com.my/eshop/html/Check-Service-Availability.aspx


Setakat ini mereka hantar ke Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru

2. Layari Laman Web Tesco Malaysia

eshop.tesco.com.my



3. Daftar Pengguna Baru



4. Pilih Barangan yang diperlukan


Staff Tesco yang datang hantar barang tadi beritahu jangan risau dengan kesegaran barangan yang ingin dibeli, mereka akan pilih yang terbaik untuk kita dan sekiranya kita tidak berpuas hati kita tidak perlu bayar mana mana barangan yang kita rasa tidak bagus.



5. Tempah Waktu Penghantaran


Harga penghantaran bergantung kepada Lokasi dan Masa yang kita inginkan boleh pilih mengikut kesesuaian  dan Bayar Menggunakan Kad Kredit semasa barang sampai di rumah kita

6. Lori Tesco Sampai Di Rumah Kita





7. Pembayaran 

Apabila Barang Sudah sampai kita boleh semak semula senarai order yang kita tempah dan boleh buat pembayaran secara kad kredit atau kad debit



 9. Promosi Pembelian Online

Tesco siap bagi pencuci pinggan percuma  untuk pelanggan yang menempah secara online, ia bergantung kepada promosi terkini tesco dan kami dapat Voucher diskaun ke Legoland


10. Hasilnya

 Saya boleh terus masak dan makan tengahari siap dalam masa 30 minit sahaja.Sekarang kami mengamalkan menu sihat sempena Healthy Active Lifestyle, dan saya ingin Fit Sebelum Raya
Menu Lunch hari ini Brown Rice bersama Grilled Chicken, Sun Dried Tomato, Kangkung dengan Tauhu, Alhamdulillah Kenyang


Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812