Jumaat, 2 Mei 2014

Anniversary Retreat di Pullman Bangsar

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.







Salam Warahmah.. Hari Ini Saya ingin kongsi pengalaman kami sekeluarga meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Kami ke 3 dan Ulang Tahun Isteri Tercinta di Pullman Bangsar.Alhamdulillah suka duka selama ini kita bersama satu keluarga



Lokasi Hotel
Kami kebetulan qualified Dream Team Retreat, So alang alang kami terus raikan di Hotel Baru ini.
Hotel Pullman Bangsar terletak di Sebelah Menara Rebung Telekom, Pantai Dalam Bangsar.

Hotel ini baru beroperasi dan amat sesuai untuk pelancong dan juga ahli perniagaan yang ingin berurusan di kawasan Bangsar, Pantai Dalam dan Mid Valley

Ketibaan dan Daftar Masuk Hotel

Sebelum Sampai Hotel saya telah berkomunikasi dengan Pihak Manager Hotel, bagi merancang suprise Retreat ini kepada Isteri, Alhamdulillah Respond Hotel sangat cepat walaupun kami agak lambat memberikan email.Sampai Hotel kami ada sedikit kesulitan untuk mendapatkan tempat letak kereta, walaupun parking ada banyak level tetapi ia tetap tidak mencukupi sekiranya full house atau ada berlakunya Majlis / Function di Hotel.Sampai di Kaunter Hadapan kami disambut oleh Staff yang bertugas dengan baiknya, dan kami amat bersyukur dapat diberikan Free Upgrade Bilik Tidur kepada Grand Executive bersama Access kepada Executive Lounge.Saya terus ke kereta untuk ambil bagasi dan Welcomer dan Bell Boy ada membantu membawa bagasi terus ke bilik


Grand Executive Room Level 28


Kami sangat teruja apabila menaiki lift sehingga ke tingkat paling atas, kami dapat bilik yang pemandangannya nampak Bangsar South menuju ke Bukit Angkasa.

Masuk bilik terdapat satu Ruang Tetamu di Luar dan Ruang Bilik Tidur, dalam Bilik tidur dilengkapi dengan TV LCD, Meja Bekerja dan juga Katil Saiz King, Kami suka menginap di Hotel ada karpet penuh seperti ini.Lampu bacaan dan lampu hiasan bilik yang unik, sempat juga saya buat posting seperti prank kepada Sahabat saya Mohd Firdaus AKA Bob

 Ruang Tandasmya besar, ada Shower dan juga Bathtup, Siap di Hiasi dengan Tema Romantik Honeymoon Style! Rose Sana sini memang cantik dan wangi satu bilik!

 

Abang Long Riduan dan Adiknya Atief sangat teruja melihat bunga bunga ros ini..terima kasih sangat Pihak Hotel yang menyediakan hiasan ini





Atas Meja Ada disediakan Welcome Chocolate dengan Hiasan Ros lagi
Kami dapat jemputan ke Executive Lounge, Welcome Drink dan juga Kemudahan Khas bagi Club Floor seperti Late Check Out, dan F&B Voucher RM 50 untuk makan di Restoran Hotel




Suprise Birthday Cake!

Tiba tiba kami dapat panggilan daripada Pihak Hotel untuk menghantar surprise Kek Hari Jadi & Anniversary, sangat teruja apabila Welcomer Hotel datang bertiga untuk hantar dan Personal Wish kepada kami, Terima Kasih kepada Staff Ira, Shahril & Majdah!






Sambil kita menikmati Kek, Strawberries kita boleh santai santai atas sofa, ada juga coffee machine untuk sesiapa yang suka espresso.

Tunggu Part 2 kami akan share pengalaman berada di Executive Lounge dan Menikmati Juadah di Restoran Hotel La Cucina

Ucapan Terima Kasih daripada Pullman Kuala Lumpur Official FB Page:



Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812