Kami beli Ikan Siakap di Supermarket 2 ekor untuk menu makan tengahari
Prosesnya,pastikan buang sisik dan bersihkan bahagian perut ikan ini, kalau tidak pandai boleh minta staf di Supermarket atau Pasar buatkan.
Kemudian Ambil Asam Jawa atau dikenali sebagai Tamarind Paste, 3 sudu dan masukkan air dan perap ikan ini dengan air tersebut selama 15 minit.
Sekarang sementara tunggu masa pemerapan, saya potong bawang putih, bawang halia, tomato, cili dan bawang besar untuk persediaan memasak.
Kepada yang tidak ada banyak masa untuk memasak, saya amat syorkan guna pemanggang ajaib, mudah dan cepat.
Panaskan minyak zaitun dan letak bawang putih dan bawang besar, kemudian masukkan halia.Apabila naik bau baru masukkan ikan tadi bersama dengan air asam jawanya.Masukkan Air dan kemudian tambahkan Sos Tiram untuk rasa sedap sikit.Tutup pemanggang ikan ini dan biar ia masak dalam 10 minit.Selepas itu tambah tomato dan kalau ada daun bawang pun sedap.Garam letak sikit sahaja.
Ok sudah siap di masak, ikan sangat cepat masak berbanding masakan daging, dan ia bagus sebab rendah lemak berbanding daging berwarna merah.Pesanan saya kalau anda ingin makan dengan nasi,bagus ambil nasi beras perang dan pastikan jangan terlupa masak macam saya hari ini heheh dah siap lauk nasi tak ada.Ingat lagi porsi makanan yang sihat? Nasi Segenggam, Lauk sebesar telapak tangan dan sayur banyak.
Selamat Mencuba, Komen dan Cadangan amat dialu-alukan
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812
Herbalife Independent Member
Tiada ulasan:
Catat Ulasan