Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average.
Salam Warahmah, Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan kami keempat.Alhamdulillah syukur sangat dapat rezeki kali ini bersama Isteri Tercinta dan 2 orang anak kami.
Bahagian pada Entri ini
Anniversary Retreat Hilton Kuala Lumpur
Part 6 Executive Lounge Breakfast and Vasco Buffet Breakfast
Part 7 Check Out
Kebetulan tahun ini kami dapat Hilton Gold Member, apabila menggunakan Visa Infinite CIMB card.
Di Malaysia ada Hilton di Kuala Lumpur, Double Tree di area KLCC, Hilton Petaling Jaya , Double Tree di JB, Hilton Kuching dan Hilton Batang AirResortLangkah pertama Check dalam website HHONORS.COM dan Log in Akaun dan juga Pin, boleh search tarikh yang kita inginkan dan boleh pilih pakej mana yang kita suka.Saya pilih Hilton Kuala Lumpur kerana dekat, tidak perlu travel panjang dan kebetulan ada promosi Family Package, 25% Peratus Diskaun bersama Welcome Drink, dan Double HHonor Points.
Saya dapat Harga RM 358 untuk Bilik King Deluxe, termasuk servis caj dan GST. Memang berbaloi sebab biasanya bilik berharga sekitar RM 400++
Kami Sampai Hilton jam 2.30 Petang, selepas Solat Jumaat di Masjid Bukit Aman.
Check in dibuat di Kaunter Lobby, Front Desk Person menerangkan dengan baik Stay kami kali ini,saya sempat Email kepada Hotel terlebih awal kehadiran kami kali ini untuk menyambut Anniversary dan juga Hari hari Jadi Isteri.
Alhamdulillah kami dapat upgraded kepada Bilik Executive Plus King Bed Non Smoking Room.
Bilik yang diberikan kepada kami ditingkat paling atas, Level 35.Kami juga diberikan akses kepada Executive Lounge, Wifi Percuma, Voucher Minum di Pool dan juga Voucher Spa Upgrade.
Sementara Front Desk membuat urusannya, kami dihidangkan dengan Welcome Drink dan Cold Towel.
Saya Dokong Abang Long Riduan yang kepenatan sebab ini memang waktu tidurnya
Litte Atief dalam Bobba Wrap bersama Ummi Aisyah
Barang barang di ambil dan kami terus bergerak ke Lift berdekatan.
Kami dibantu oleh Staff Mr Lau
Mr Lau sangat peramah, menerangkan keadaan Bilik, Arah Kiblat dan juga servis yang ada
Terima Kasih Hilton Kuala Lumpur! Dekorasi yang sangat cantik menyebabkan anak anak kami super excited! Siap ada Lovely Swan, Belon dan Bunga Bunga
Terima Kasih atas ucapan kepada kami
Kita Sambung Entri Berikutnya :Part 2 Executive Lounge Afternoon Tea Time
Tiada ulasan:
Catat Ulasan