Rabu, 1 April 2015

Sagano Japanese Restaurant, Rennaissance Hotel Kuala Lumpur Review

Salam Warahmah, Hari ini kami ingin kongsikan cerita semalam, selepas urusan di Kuala Lumpur, singgah untuk Dinner di Rennaisance Hotel, disebabkan ia termasuk dalam List CIMB Fine Dining so kami boleh dapat 50% diskaun guna kad World Master / Visa Infinite.Ada 3 restoran yang kita boleh pilih di Hotel ini, asalnya ingin ambil ala carte di Vouge Cafe, bila sampai ramai sangat orang jadi kami nak cari tempat yang lebih santai dan tenang untuk sambut birthday anak kami Riduan 3 Tahun.


Restoran Sagano terletak di Tingkat 1, lama juga tidak makan makanan Jepun yang ada Proper Setting dan Enviroment.Dulu masa di Jepun kami puas makan masa Herbalife Trip ke Tokyo.Tahun ini kami tengah berusaha untuk ke Hokkaido pula, doakan dapat bawa atief pulak jalan jalan sana.



Restoran ini ada 3 bahagian, kalau ambil buffet kita boleh mulakan di bilik hadapan, bahagian Pembuka Selera. Ada Sushi yang segar, Sashimi , dan Salads.Saya suka salmon sashimi memang terasa kesegarannya.Satu lagi Chukae Sea Weed memang sedap.

Sesi memilih sushi , ada banyak jenis juga


Penggemar Udang pasti akan ambil Cold Prawn ini, kami bukan jenis suka sangat so skip yang ini


Pelbagai Salad, yang saya suka warna hijau, rasa macam jeli

Kobis Ungu Pun ada bersama dressing yang kita suka

Tamat Tangkapan Round Pertama, Satu plate yang comel

Saya bukan reti pakai chopstik, last minta sudu garfu jugak hahahaha

Atief Suka sangat dapat Jagung Manis hari ini
Sushi Segar , Udang dan Telur Ikan


Ok Masuk Round Kedua, ada bilik seterusnya, Hot Pot, Tenpayaki dan Tempura

Tempura di Goreng Panas Panas, ada Udang Ayam, Keledek, sedap!

Nasi Goreng Daging, dan Chawan Mushi (Kastard Telur)

Aneka Teppanyaki Sayuran, Udang, Daging

Sos Pencicah dan Kicap
Mee Goreng Udon dengan Udang lagi

Chef Speciality, ada lala yang sedap tak pasti masak apa

Saya ambil Green Tea Soba bersama Miso Soup


Round Ketiga ada Bilik Pencuci Mulut, ada Ais Kacang
Kek dan Kuih Muih

Kek dan Buah Buahan

Ada Tembikai, Papaya, Honey Dew dan Jelly

Bubur Kacang Merah dan Bread Pudding

Green Tea Ice Cream, sangat terasa teh hijaunya, sedap! teringat makan di Jepun dulu

Chawan Mushi

Tambah lagi Green Tea Ice Cream


Harga untuk Buffet Dinner adalah RM 103++, kami dapat diskaun 50% jadi bayar 1 untuk makan berdua, anak 6 tahun kebawah percuma.


Ambil Gambar depan Restoran sebelum balik

Terima Kasih Mr Eean Tan yang melayani kami, sangat bagus!


Ada juga Bilik untuk buat Majlis Hari Jadi, siap boleh duduk ala jepun, ada Rezeki boleh bawa rakan rakan perniagaan kita buat Meeting kat sini

Review :

Restoran ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari kelainan, menunya lebih sihat sebab banyak segar dan kurang makanan berproses, green tea sangat tinggi antioksidan



Sagano
Renaissance Kuala Lumpur Hotel
Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang 
Federal Territory of Kuala Lumpur 50450
 03-2162 2233

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812