Isnin, 9 Januari 2012

Alhamdulillah tahun 2012 pasti bermakna

Salam Warahmah…

Maaf dah lama tidak update, insya Allah isteri tercinta saya sedang menyiapkan entri "Best of 2011"… daripada kami menikah pada april 2011 sehinggalah honeymoon di bali, ke bangkok, menunaikan umrah, ke korea dan paling terkini Alhamdulillah kami menunggu menjadi seorang bapa dan ibu kepada zuriat pertama kami insya Allah mac 2012 nanti..

Rabu, 21 September 2011

Jalan-jalan korea unversity APAC HBL 2011

Alhamdulillah... syukur dapat ke korea 15 sep - 20 sep baru baru ini... pengalaman cukup menarik selepas dua tahun lepas berkunjung ke sana.Kali ini hadir training peringkat tinggi,bersama isteri,adik dan untie sue. leadership asia pacific, ada 13,000 yang layak untuk melatih diri, berkongsi pengalaman dan menimba ilmu bermanfaat.Misi nutrisi adalah membuka 10,000 kelab di malaysia dalam 2 tahun ini.Kita lihat korea, taiwan  dan indonesia sekarang sangat fokus dan malaysia pun akan sertai momentum ini.Next year percutian seterusnya adalah ke OSAKA! insya Allah nak bawa keluarga, sahabat handai dan rakan rakan kelab yang berminat..

Rabu, 14 September 2011

Korea lagi!

Salam warahmah... Saya bersyukur baru balik menunaikan umrah bersama isteri tercinta... nikmat yang Allah berikan kepada kami yang baru mendirikan rumah tangga... sudah mengembara dan berhoneymoon ke bali(apr) bangkok(apr) goldcoast(jun) umrah(ogos) dan sekarang nak sambung pula ke seoul... menghadiri acara Asia Pacific World Team School... lebih dari 15ribu seluruh APAC akan hadir... Esok terbang bersama isteri, adik adik dan kemudian akan diikuti oleh untie sue

Ahad, 10 Julai 2011

Hari Bahagia



Alhamdulillah… selesai urusan akad nikah pada 16 April 2011, baru nak update sekarang dalam blog ini.Syukur dikurniakan rezeki yang melimpah… dan isteri yang solehah… insya Allah saya akan kembali ke blog ini untuk berkongsi pengalaman kami bersama misi nutrisi dan kembara kehidupan yang penuh bermakna ini.

Selasa, 25 Mei 2010

Singapura

Salam Warahmah...

Lama sungguh tak buat posting dalam blog ini...

Alhamdulillah saya sedang siapkan catatan perjalanan kami ke Singapura, Extravaganza 2010...

Saya Amat bersyukur bersama sama mewakili malaysia ke International Event seramai 18 Ribu orang yang amat berjiwa besar.

Antara yang menarik adalah semasa mengikuti Persidangan Doktor Perubatan Asia Pasifik, Mengenai "Transasi Nutrisi Antarabangsa" sebagai wakil negara Malaysia

Keyakinan saya amat tinggi sekarang.. apabila dapat melihat sendiri pakar pakar terkemuka dunia seperti Dr David Herber. Dr Steve Hening dan ramai lagi...

Ok... nantikan pengalaman kembara kami....

Ahad, 1 November 2009

Misi Seterusnya

Salam....

Sekarang Fokus kepada Misi Nutrisi kepada Semua.. sejak balik dari Taiwan memang kerap kali mengadakan lawatan dan juga ceramah wellness kepada masyarakat.. Alhamdulillah semoga usaha ini berterusan dan mencapai target yang diharapkan...


Raya Tahun ini memang meriah warna kuning.. biasalah kena amik gambar depan pajero kebanggan keluarga.. heheh

Masa Lawatan ke Sandakan... Share Results dan memberi inspirasi kepada semua yang berada Hotel Sabah Sandakan.. Tetamu Teristimewa Adalah Kak Rahimah dan Capt Saiful.. Sungguh Teruja dengan kegigihan mereka membantu ramai yang memerlukan.

Bersama Dr Khadijah.... Doktor Perubatan yang paling Aktif dalam Herbalife.. Insya Allah saya akan ikut jejak beliau.. Kalau di taiwan sudah ada 100 doktor.. insya Allah Malaysia akan ada lebih lagi yang bersama-sama dalam misi nutrisi kami...


Pasangan Suami Isteri yang banyak membantu saya dalam mendapatkan nasihat dan juga pandangan bekerja.. Saya amat bersyukur dapat sahabat seperti Bro Hamdan ini.. Semoga beliau dan keluarga akan berjaya...

Sabtu, 29 Ogos 2009

Ramadan

Kekal Cergas di Bulan Ramadhan

Sebagai umat Islam, kedatangan bulan Ramadhan adalah yang paling ditunggu-tunggu kerana penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Kebanyakan daripada kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk menumpukan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan memperbanyakkan ibadat dan berehat seketika daripada melakukan aktiviti luar dan lasak. Kepenatan setelah seharian penat berpuasa menyebabkan kita tidak lagi memikirkan tentang perlunya melakukan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kecergasan. Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, badan akan menjadi letih disebabkan oleh kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca di negara kita yang panas dan keadaan di sekeliling kita terutama di bandar-bandar besar juga menjadi faktor yang menyebabkan badan kita mengalami keletihan dan menjadi lesu. Namun begitu, kita tidak seharusnya alpa dan lalai dalam mengambil berat tentang aspek penjagaan kesihatan diri kita. Alasan berpuasa tidak seharusnya membolehkan kita menjadi malas seperti hanya duduk di depan televisyen dan menghabiskan masa di siang hari dengan tidur. Jika kita tidak mengambil berat tentang aspek pemakanan ia sedikit sebanyak akan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, risiko menjadi obesiti dan lain-lain lagi. Walaupun sedang berpuasa, kita juga boleh terus kekal cergas dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan bergantung kepada keupayaan seseorang individu itu. Bulan puasa tidak boleh dianggap sebagai bulan untuk berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan. Kebanyakan daripada kita menganggap bulan puasa sebagai platform untuk menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan, namun begitu dengan mengamalkan diet sahaja ia sebenarnya tidak membantu kita untuk kekal cergas di bulan puasa ini. Kepelbagaian pengambilan jenis makanan sewaktu berbuka puasa menyebabkan badan kita tidak dapat menghadam dan memproses makan dengan sempurna. Ini ditambah pula dengan makanan yang berlemak dan berminyak serta aneka kuih-muih yang manis menyebabkan lemak-lemak yang tidak dapat dihadam tadi tersekat dan berkumpul di sekitar saluran darah. Setiap kalori yang terkandung di dalam makanan perlu dibakar dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam. Selain dapat mengeluarkan peluh, ia juga membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan membantu meningkatkan kekuatan otot bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan. Waktu yang paling ideal untuk kita bersenam di bulan puasa sebenarnya bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian masa individu itu sendiri. Namun begitu waktu petang sebelum berbuka puasa adalah masa yang paling sesuai. Ini kerana kekurangan cecair yang diperlukan akan dapat diganti semula sejurus selepas waktu berbuka puasa. Aktiviti senaman ringan seperti berjalan pantas dan berbasikal sudah memadai untuk membantu membakar lemak di dalam badan. Bagi yang lebih berkeupayaan atau mereka yang biasa bersukan, mereka boleh teruskan dengan rutin riadah harian mereka seperti bermain tenis, berjoging mahupun berkebun asalkan tidak memudaratkan dan mendorong kepada keinginan untuk berbuka puasa sebelum waktunya. Pada waktu ini kekurangan glycogen di dalam badan kerana berpuasa akan membantu proses pembakaran lemak. Glycogen bermaksud tenaga yang kebanyakannya ialah glukos yang tersimpan di dalam badan (hati) yang berpunca daripada makanan yang kita ambil samada ketika bersahur ataupun berbuka. Sewaktu bersenam ataupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, kadar nadi dan pernafasan kita akan menjadi lebih cepat berbanding biasa. Oleh itu, badan kita memerlukan tenaga untuk membolehkan kadar nadi dan pernafasan kita menjadi cepat. Tenaga yang terhasil daripada makanan yang kita ambil akan digunakan sewaktu kita bersenam. Namun begitu, kita harus lebih berhati-hati ketika melakukan senaman di bulan puasa bagi mengelakkan daripada ”dehydration”. Keadaan ini mudah terjadi kerana badan kita kekurangan cecair yang diperlukan disebabkan berpuasa. Ditambah pula dengan peluh yang terhasil akan menyebabkan kita mudah terdedah kepada situasi yang berisiko ini. Antara simptom-simptom ’dehydration’ ialah pening, penglihatan menjadi kabur dan air kencing pekat.Selain daripada waktu petang, kita juga boleh melakukan aktiviti senaman di sebelah malam iaitu selepas waktu berbuka puasa dan solat tarawikh. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan mestilah bersesuaian dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita. Ini kerana makanan yang diambil sewaktu berbuka tidak dapat dihadamkan sepenuhnya. Ia mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kita jika terus melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti latihan mengangkat beban dan sebagainya. Untuk kekal cergas di bulan Ramadhan, adalah disarankan juga bagi mereka yang tidak berkemampuan atau berkeupayaan untuk bersenam atau bersukan, supaya melakukan aktiviti fizikal harian seperti mengemas rumah, berkebun, membasuh kereta dan berjalan sebagai alternatif untuk mereka cergas di bulan puasa ini. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal ini, otot-otot di dalam badan akan dirangsang untuk lebih bertenaga dan menjadikan kita berasa sihat. Sebagai contoh sudah memadai bagi suri rumah jika tidak berkesempatan untuk bersenam dengan menggantikannya dengan aktiviti seperti mengemas rumah dan membersihkan halaman rumah. Selain dapat menggerakkan otot-otot tubuh badan, kita akan dapat mengelakkan diri daripada menjadi malas. Selain itu, aktiviti fizikal seperti menaiki tangga dan berjalan juga membantu menjadikan kita cergas walapun di bulan puasa ini. Sebelum kita melakukan aktiviti senaman dan bersukan kita harus menilai keupayaan badan dan kemampuan kita.Setiap individu adalah berbeza tahap kesihatan dan keupayaan anggota tubuh badannya. Komposisi tubuh dan ketahanan badan mereka juga tidak sama dengan individu yang lain. Hal ini penting sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Badan seorang pesakit itu sensitif dan mudah terdedah kepada risiko kesihatan yang lain jika tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pakar. Sekiranya mereka ingin juga melakukan aktiviti senaman di bulan puasa ini adalah disarankan supaya mereka mendapatkan nasihat dan pandangan doktor untuk mengelakkan sebarang implikasi buruk. Apa yang penting sekiranya kita ingin kekal cergas dan sihat di bulan puasa ini, amalan melakukan aktiviti fizikal dan senaman merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan selain daripada penjagaan makanan yang teratur. Sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan selepas selesai bersenam. Amalkanlah aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. Kombinasi di antara pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal yang bersesuaian dan rehat yang secukupnya dapat menjadikan badan kita lebih sihat meskipun sedang berpuasa. Ditambah pula dengan keberkatan dengan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini, tidak mustahil kita akan lebih sihat daripada bulan-bulan lain-KKM
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812