Salam Warahmah,
Kami baru balik dari Retreat Raudah Family sambil sambut Birthday dan juga Hari Ibu.
Bahagian pada Entri ini
Raudah Family Mothers Day Stayvacation Double Tree By Hilton Kuala Lumpur
Part 1 Check in Double Tree by Hilton
Part 4 Workout and Breakfast
Part 5 Check Out
Part 6 Afternoon Tea at Axis Lounge Double Tree
Part 7 Dinner at Makan Kitchen
Kebetulan tahun ini kami dapat Hilton Gold Member, apabila menggunakan Visa Infinite CIMB card.
Di Malaysia ada Hilton di Kuala Lumpur, Double Tree di area KLCC, Hilton
Petaling Jaya , Double Tree di JB, Hilton Kuching dan Hilton Batang
AirResortLangkah pertama Check dalam website HHONORS.COM dan Log in Akaun dan juga Pin, boleh search tarikh yang kita inginkan dan boleh pilih pakej mana yang kita suka.
Kali ini kami ke Double Tree, ambil 3 Bilik untuk Keluarga Raudah.Satu bilik berharga RM 129 + 4000 HHonors Points.Sangat Berbaloi.Kalau redeem full point bernilai 10000 points
Kalau ada permintaan Khas kita boleh order sebelum sampai.
Alhamdulillah kami dapat Upgrade kepada Executive Rooms, saya menggunakan HHonors Gold saya dan ada ada pesan pada Hotel kami ada Family Vacation untuk sambut Hari Ibu dan Birthday keluarga.
Hotel ini ada 34 Tingkat, saya pilih tingkat paling atas sebab ia satu level dengan Executive Lounge
Kami sampai awal dalam jam 9 pagi, biasanya kalau bercuti memang gerak awal sebab boleh manfaatkan masa awal ini untuk bersiar siar di dalam Hotel.
Kami sampai di Level Satu, terus ke Kaunter hadapan.Saya tunjuk Kad HHonors dan Butiran Tempahan, Front Staff terus Escort kami ke Executive Lounge.
Official Executive Lounge Picture From Double Tree Website
Sangat Teruja dengan layanan VIP kepada kami sekeluarga.
Sampai
di Lounge, Manager Bertugas mempersilakan kami sekeluarga duduk menjamu
Late Breakfast, sementara proses pemberian kunci.Double tree terkenal
dengan pemberian Biskut Signaturenya, Chocolate Chips Cookies yang
diberikan panas panas.
Benefits kepada Tetamu Executive Floors, ada Private Check in, Minum Pagi dan Petang
Little Riduan minum Shake dan Orange Juice
Saya ambil sedikit hidangan, kenyang lagi sebab dah minum Nutrisi Shake Herbalife pagi tadi sebelum gerak ke Hotel
2 bilik yang saya pre check in sudah siap dan boleh masuk awal, bilik ketiga kami diberikan Special Upgrade kepada Executive Suite! Terima Kasih Double Tree Hilton Kuala Lumpur.
Sambil menunggu mereka siapkan bilik kami duduk di dalam Lounge dan ada juga Teres View di Luarnya.
Muka Ahli Keluarga Raudah yang kegembiraan.
Saya check kadar normal kalau check in biasa, Internet dan Breakfast perlu caj tambahan.
Harga sebenarnya RM 869 satu bilik Executive Room dan RM 997 untuk Bilik Executive Suite.Saya amat syorkan anda daftar sahaja HHonors untuk dapat kadar istimewa.Total 3 bilik kami bayar hanya RM 780.
Bersambung di Part 2 Executive Suite Room
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sahur Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812
Herbalife Independent Member
Tiada ulasan:
Catat Ulasan