Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya bersama customer customer sepanjang coaching kami.
Soalan yang kerap di Tanya kepada Saya " Dr Kamarul saya dah cuba macam macam dari jaga makan, senaman, pergi gym, lari, diet, tidak makan nasi, minum air sahaja tanpa ambil solid food, muntahkan makan, puasa, makan sayur jer, ambil suppliment, ambil suntikan, pembedahan dan sebagainya.
Jawapan saya, SAYA PUN SAMA GAK! Cuba macam macam hehehe yer lah kalau tidak masakan saya tetap gemuk dulu.
Apa yang pernah saya buat sebelum ini sebagai pengajaran dan pedoman heheh
1. Saya Jaga Makan
Saya bab makan ini memang pantang jaga, pantang jumpa! Memang jagalah sangat makan, waktu tidur jer tidak jaga makan, waktu berjaga terus makan, sebab itu jangan sebut kita JAGA makan kalau kita sebenarnya tidak Faham apa sebenarnya PENJAGAAN Pemakanan kita,Kalau kita jaga pemakanan kita, kita ada Pelan Pemakanan Harian, ada Diari Pemakanan dan ada yang akan Monitor Progres kita, barulah boleh kita ketahui apa silap kita dan apa perlu yang kita perbaiki.Ketahuilah kadar metabolisma kita, faktor protein kita dan juga jumlah keperluan kalori harian kita
2. Senaman, Pergi Gym, Jalan dan Lari
Saya teringat masa kecil dahulu suka sangat bersenam, ikut abah jalan jalan jogging konon.Jalan sikit jer kalori yang kita dibakar kalau takat 15-30 minit barulah boleh bakar 100-250 kalori sebab jalan jalan seperti makan angin.Lepas senaman perut lapar berpeluh kekeringan tekak.Apa tindakan seterusnya makanlah, bakar 250 kalori, makan roti canai mandi 2 keping dengan teh tarik dah 700 kalori! defisit 500 kalori lagi heheh.. dah lar penat senaman lagi penat sebab makan makin mengah dibuatnya.
3. Tidak Makan Nasi
Siapa kata makan nasi menggemukkan? ya betul ia menggemukkan kalau makan BERLEBIHAN, saya dulu memang Tidak gemar makan nasi, saya gemuk sebab makan banyak snek, tidak makan ikut masa, makan terlalu lambat waktu malam sebab urusan kerja dan shift panjang waktu malam.Di negara Arab ramai yang obese tetapi bukan makan nasi tetapi makan roti.Konsepnya karbohidrat mesti dijaga paling terbaik segenggam tangan kita.
4. Liquid Diet dan Anorexia Nervosa
Saya pernah juga cuma tidak makan solid, paling tahan pun 3 hari sahaja, ini CRASH Diet dan TIDAK SIHAT, Nasib baik tidaklah sehingga jadi Penyakit Anorexia Nervosa, yakni sangat takut naik berat badan dan menyiksa diri dengan memuntahkan diri, mengikat perut dari makan sangat bahaya boleh memakan diri.
5. Puasa
Puasa bukan NIAT untuk KURUS! Puasa adalah Ibadah kepada Allah pada Bulan Ramadan ia Wajib dilakukan, ya memang benar puasa boleh membantu kita menjadi lebih sihat dengan fadilat ibadah ini, dengan syarat kita amalkan Sahur Sihat dan Iftar Berbuka Puasa dengan Sihat, saya dulu puasa dirosakkan dengan makan terlalu berat semasa berbuka puasa dan minuman terlalu manis, makan berat sampai ke waktu Moreh, Sahur pun sama nasi tambah 2 pinggan, lepas subuh tidur sebab keletihan makan banyak.Cara terbaik adalah dengan bersederhana, amalkan Kurma, Aloe Tea dan Shake untuk Sahur dan Berbuka Puasa, badan akan lebih selesa dan tenang untuk beribadah.
6. Saya makan Sayur Sahaja
Ingin turun berat badan pastikan makan protein yang cukup, kalau makan sayur sahaja kita tidak akan jadi seimbang proses pemakanan kita, diet seperti ini akan melemahkan badan kita sebab protein diperlukan untuk sistem tubuh badan kita berfungsi, darah kita, hati kita, jantung kita , otot kita semuanya perlukan protein dalam bentuk asid amino yang seimbang.Kalau kita makan sayur sahaja boleh jadi kita akan jadi gemuk sebab terlebih nasi, bersama sayur atau menggunakan sos dressing yang tinggi lemak dan garam seperti mayonis, ranch , chipotale dan sebagainya.Cuba lihat bayi kecil masa dilahirlah 6 bulan akan mengambil Protein dari Susu Ibu barulah pertumbuhan menjadi lebih bagus, ini tandanya sangat penting mengambil protein dalam pemakanan harian kita.Shake kita tinggi protein yang sihat, kurang kalori,tinggi zat dan senang hadam berbanding protein haiwan.
7. Ambil Supplimen
Supplemen bagus untuk turun berat badan dengan syarat makanan asas mesti betul seimbang dan kalorinya tidak lebih dari keperluan.Sebelum Herbalife saya ada makan macam macam supplimen tetapi tidak ada kesan apa apa pun, ya lah makan vitamin bagai fat burner bagai tapi kalori harian kelaut.Baiki dahulu makanan asas barulah tambah dengan supplimen yang sesuai.Seperti kita sekolah boleh jer kita pergi tusyen tetapi yang penting penumpuan utama dalam kelas di sekolah, kita akan mantapkan semasa kelas di pusat tusyen.Saya memilih Herbalife sebab ia adalah pengganti makanan,Shake Bukan Supplemen tetapi ia Food Replacement. Fungsi utama ia membantu membersih, menggalakkan penyerapan zat yang diperlukan dan membina sel sel baru, berdasarkan konsep Nutrisi Sellular.Inilah sebab utama Herbalife berkesan dengan lebih baik, kita sediakan tubuh badan kita dengan keadaan yang lebih bersedia menerima nutrisi dan membina sel yang lebih sihat.Bayangkan sel darah merah berada 120 hari dalam tubuh badan kita kalau ia sihat, apabila kita menjana sel baru yang sihat ia akan bertahan dan melakukan tugasnya dengan lebih sempurna.Kalau kita berikan makan yang tidak sihat sel kita sukar menghasilkan sistem organ badan yang lebih baik untuk fungsi harian.Saya selepas perbaiki sarapan dan makan malam barulah mengambil nutrisi tambahan seperti omega 3 fish oil, calsium plus dan TC Formula.Apabila ingin menjaga jantung ambil NW Formula.
8. Suntikan dan Pembedahan
Nasihat saya, tiada yang cepat dan selamat dan kekal berbanding menukar tabiat dan gaya hidup kita, apabila kita bergantung kepada kaedah yang tidak selamat kesan sampingannya sangatlah berat, ramai yang terperangkap apabila melakukan pembedahan, kesan penderitaan selepas pembedahan ia kekal, kurus tetapi tidak sihat, menggunakan suntikan pun sama ada yang akan merosakkan hati dan buah pinggang kita.Hati hati ya, fikir dahulu dan buat perubahan yang sihat.
9. Tidak Pernah Konsisten
Segala perubahan perlukan masa untuk ia menampakkan hasil, tidak ada maknanya kita yang sudah bertahun gemuk gedempol ingin fit langsing sekelip mata, memang banyak cabaran untuk capai impian tetapi hasilnya sangat berbaloi! Sabar dan teruskan Bersabar pasti dapat hasil yang kita inginkan, kalau ingin lebih semangat datang ke Herbalife Customer day dan Lihat secara LIVE semua Testimoni-testimoni yang Berjaya.Ramai akan berkongsi Tips dan Ilmu untuk lebih sukses.Saya pun sama juga dahulu amat Jahil bab pemakanan, buat macam macam cara seperti di atas tidak pernah berjaya sebab masalah ini, bayangkan bayi dalam kandungan perlukan 9 bulan sebelum boleh dilahirkan tandanya masa itu penting untuk mematangkan hasil.
10. Semua dah Buat tapi Cheat Day Everyday
Secara jujur memang paling penting kalau kita inginkan hasil tumpukan sehingga berjaya.Cheat day di Malaysia seperti Pesta Makan Kenduri Kendara dilakukan sering kali sehingga pesta kalori ini merosakkan pelan pemakan kita, saya pun ada juga makan tetapi bukannya melantak, diet satu hari 6 hari rosak lepas itu salahkan satu hari yang kita diet.Konsep utama adalah 80% Pemakan, 20 % Senaman dan 100 % Minda Positif Sihat.Boleh bertanya pada Coach Herbalife anda untuk Pelan Individu, memang tidak sama bergantung kepada ketinggian, berat, usia dan jantina kita.
Semoga menjadi inspirasi kepada semua, Kalau anda sudah ada Coach Herbalife, boleh hubungi terus Coach anda untuk pemantauan, sekiranya belum ada Coach boleh hubungi saya untuk tindakan selanjutnya
Fi Riayatillah!
Program Herbalife berdasarkan keperluan individu, boleh maklumkan saya sama ada anda ingin Turun Berat Badan, Naik Berat Badan, Sarapan Sihat atau Fitness dan saya akan syorkan Program yang sesuai dengan anda Boleh Isi Form di SINI
Jadi ingat TUJUAN sebenar anda ingin mulakan PERUBAHAN, saya sedia membantu anda mencapai impian dengan syarat bersedia dilatih dan ada kesungguhan
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812
Herbalife Independent Member
Tiada ulasan:
Catat Ulasan