Salam Warahmah, Syukur sangat kita masih lagi ada peluang untuk berubah pada hari ini.
Kita perlu berusaha untuk tingkatkan kesihatan kita bagi menjalani kehidupan harian kita, time cuti sekolah dan musim perayaan kita perlu sihat barulah boleh fokus pada ahli keluarga tercinta.
SIAP SEDIA UNTUK KURUS 2018?
Saya nak share 9 Perkara Penting untuk Kurus 2018.
1) SEDAR
Kesedaran atau awareness sangat penting untuk kita ada sebelum mulakan perjalanan untuk kita berubah, sebabnya ini paling penting, kalau kita tak sedar memanglah berat badan kita akan naik mendadak dadak!. Kesedaraan ini ada banyak caranya, ada yang SEDAR selepas menderita seperti Serik asyik sakit badan, atau dah MALU SANGAT dengan bentuk badan sendiri.Ada juga sedar sebab bayangan kalau tidak berubah sekarang makin naik tahun makinlah susah dengan faktor kesihatan makin buruk dan keupayaan semakin terhad.
2) ILMU
Segala aturan dalam hidup ini perlukan ilmu yang bermanfaat, kalau nak kurus kenalah belajar dari mereka yang SUDAH BERJAYA, dan ILMU sangat BERNILAI.Contohnya ramai jer nak turun berat tapi salah cara, buat CRASH DIET, makan MELANTAK, dan TIDAK TAHU nak pilih makanan yang SEIMBANG. Apabila kita dalam kegelapan, ILMU akan menberikan CAHAYA kepada kita.
3) AMALKAN
Selepas dapat Ilmu perkara PALING WAJIB mestilah kita amalkan, barulah MENJADI KENYATAAN Impian kita.Ramai yang hanya mencari Info sihat tetapi tidak amalkan, jangan harap kita nak dapat hasil terbaik.Amalan ini perlu berterusan supaya hasil pun berterusan.
4) PANTAU
Pemantauan COACH atau JURULATIH sangat PENTING sebab kalau kita buat SORANG- SORANG kita susah nak buat penilaian, sebab COACH bagaikan GURU yang akan MENDIDIK, MENASIHATI dan MENEGUR kita supaya kita SENTIASA di JALAN YANG LURUS lagi KURUS.
5) SEMANGAT
Apabila kita SUDAH SEDIA, barulah SEMANGAT itu akan MEMBARA!. Kita akan LALUI PERJALANAN dan CABARAN dengan lebih teratur dan menjadi kekuatan BESAR kepada diri kita untuk BERUBAH SENTIASA.
6) EMOSI
Kita WAJIB mencari KENAPA KITA PERLU BERUBAH? Sebab kalau kita ada BIG WHY barulah kita mudah untuk CAPAI IMPIAN kita, Kita cari Nilai EMOSI yang positif, seperti contohnya SUDAH SERIK diejek, SUDAH BOSAN GEMUK, SUDAH MENYAMPAH Tidak ada Saiz Baju.
7) DEDIKASI
Kekuatan dan Ilmu yang ada kita perlukan dedikasi, sebabnya ia akan membantu kita lebih FOKUS dan mengelakkan impian kita DICURI dan GAGAL.
8) ISTIQAMAH
Amalan yang BERTERUSAN akan mendekatkan kepada IMPIAN KITA, ada kalanya kita tidak turun walaupun 100 gm pun, tapi sebab kita konsisten kita akan dapat juga hasilnya.Sebab ada kalanya kita sedang turun saiz, sebab itu tidak turun berat!.
9) AMANAH
Apabila melakukan proses ini kita perlu JUJUR kepada DIRI SENDIRI, perubahan ada di TANGAN KITA, kita perlu amanah dan ikhlas, TIPU yang paling TERUK adalah menipu diri SENDIRI, Kita jaga tubuh badan kita sebab ia adalah amanah paling besar kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan