Ahad, 18 Januari 2009

Training dan Ulang Tahun Ketiga Herbalife, Hari Kedua


Hari ini hari penutup program training dan ulang tahun herbalife ketiga...

Bergambar dengan Kak Aishah, yang menjadi health coach dan supervisor saya.Beliau mendapat pengiktirafan sebagai top ten members, kategori rekruting terbanyak.. Tahniah..

Banyak juga input bermanfaat yang dikongsi dan boleh dipraktikkan.

Salah seorang speaker hari ini, Dennis Dowdell Chief Executive President's Team Member menceritakan pengalamannya sewaktu mula menceburi bidang ini.Beliau merupakan bekas pandu lori.

Apa yang menarik yang dapat dikongsikan adalah, sewaktu mereka mula bertapak perniagaan mereka dimulakan di chicago.. suatu tempat yang asing bagi mereka, tiada rakan taulan dan saudara mara.. namun begitu perpindahan mereka ke sana merupakan titik permulaan dalam karieer dan kehidupan mereka.

Sebab itu dalam Islam kita disarankan berhijrah... hijrah tempat dan juga hijrah perbuatan dan persepsi.. Segalanya boleh dicapai dengan usaha dan tawakkal kepada Allah.

Saya dapat belajar lagi, banyak ilmu dan penghayataan Islam telah dipraktikkan oleh bangsa asing yang sepatutnya kita miliki selama ini seperti

1) Berdisiplin = Istiqamah

2) Tepati Masa = Al Wakt Kassaif, Masa itu seperti Pedang

3) Moving= Hijrah Tempat

4) Changing= Hijrah Persepsi dan Pemikiran

Oleh itu, jangan asyik tuding jari sekiranya muslimin mundur , kerana kitalah yang sepatutnya mulakan segala amalan dan kaedah yang telah diajarkan dalam islam.. ambilah yang baik daripada mereka(kalau ada yang buruk tue tolak tepi ler),tepatilah masa dan janji.. selalulah beristiqamah dan lakukan hijrah supaya lebih berjaya dalam kehidupan..

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812