Hari ini Hari Jumaat yang penuh mulia, kita sudah sampai ke penghujung bulan November.Adakah kita sudah ada perancangan untuk tahun 2015? Ingin Lebih sihat dan langsing?
Saya nak kongsi bagaimana saya bermula dengan Herbalife.Selepas bertahun tahun mencuba banyak cara untuk menurunkan berat badan, kegagalan demi kegagalan saya hampir putus asa, adakah saya akan gemuk sampai bila bila? Time Puasa turun 5kg, Aidil Fitri naik 5kg, raya haji sampai akhir tahun tak putus putus kenduri kendara tanpa henti sebab itu saya tidak pernah berjaya.
Alhamdulilah saya amat bersyukur saya masih buat keputusan mencari sebab saya perlu berjaya turun berat badan.Saya perlu berubah, graduan perubatan tetapi tidak sihat, bagaimana kita ingin membantu orang lain? Halangan yang ada ini sebenarnya kita boleh atasi dengan keazaman dan kekuatan dan ada IMPIAN BESAR untuk BERUBAH
Hukum berjaya adalah perlu rujuk kepada mereka yang arif dan alim dalam bidangnya.Kalau nak turun berat badan jangan buat kesilapan tanya mereka yang memang TIDAK PERNAH TURUN BERAT 1 kg PUN! hahahah.. lagi tambah adalah nanti
Saya bermula mencari menggunakan Google, saya ingin solusi yang berpanjangan, selamat, dan ada penjelasan saintifik bagaimana ia berlaku.Memang agak skeptikal untuk turun berat badan tapi nak naik berat badan TAK KISAH LANGSUNG makanan ini ada msg ker perasa ker pewarna ker High Glycemic Index ker, itu SIKAP yang kita BOLEH BERUBAH
Alhamdulillah saya dapat panggilan dari Sahabat baik Abang kerja Petronas di Sudan, beliau syorkan cubalah herbalife sebab anak buahnya berhasil.Saya pun carilah website www.herbalife.com dan saya tengok barisan saintisnya dan tengok pula hasil testimoni bagai.Wau menarik ni! Sudah lebih 26 tahun beroperasi! sudah ada di lebih 80 negara dan ada 70 juta testimoni, jadi saya pun call bakal jurulatih saya, Kak Aishah Harun Super Coach yang amat disayangi
DrK : Assalamualaikum Puan Aishah, Saya Kamarul
Kak Aishah : Waalaikum Salam Kamarul, panggil saya Kak Aisyah
DrK : Saya nak tanya pasal herbalife ini, kak boleh terangkan?
Kak Aishah : Herbalife ini makanan lengkap, sedap mengenyangkan full of nutrition dan kalau kita makan ganti sarapan pagi dan makan malam kita boleh turun berat badan tanpa lapar,Saya pun dah shapeup dengan Herbalife.
DrK: Wa Bagusnya! ok kalau nak bermula macammana?
Kak Aishah: Kita ada Start Now Pack, Satu Shake untuk makanan, satu tea bagi bakar lemak dan protein untuk bina otot, Satu Pack boleh tahan 2 minggu.
Drk: Ok Puan, saya nak outstation lama ini, boleh tak saya nak 2 bulan terus?
Kak Aishah: Ok boleh, tapi kalau nak hasil yang lebih baik bagus kita amalkan selama 3 bulan pertama, dapat diskaun dengan daftar IBP (sekarang kita panggil Herbalife Member Pack)
DrK: Bestnya ok saya confirmlah, Kak sms total harganya dan kita jumpa untuk ambil
Kak Aishah :Ok Kamarul tinggal di mana?
DrK: Saya di Taman Sri Andalas Klang
Kak Aishah: Ok kita jumpa di Jaya Jusco Bukit Tinggi ya, dekat dengan rumah kamarul
DrK: Ok Bukit Tinggi ya bukan bukit Raja Kak Aisyah
Kak Aishah: Ya di Bukit Tinggi
Di Hari yang dijanjikan, saya minta adik saya Kamaliah untuk bawa saya ke Jusco Bukit Tinggi.Saya cakap ada temujanji dengan kawan
DrK: Assalamualaikum Kak, Saya dah Sampai ini
Kak Aisyah: Ya Saya pun sudah sampai, saya depan Kedai Kopi Starbuk dan Mcd
Drk: ya saya pun depan kedai ini tak nampak pun
Kak Aisyah : Saya tengah lambai tangan
DrK: Saya pun sama!
Kak Aisyah: Tak nampak pun
Drk: Aduuuh kak di Bukit Raja ker Bukit Tinggi ini?
Kak Aisyah: Dekat Rumah kamulah, di Taman Sri Andalas
DrK: Laaa itu Bukit Raja kak ok tunggu saya saya datang
Hahahah ingat SENANG ker nak BERJAYA? nak mula makan pun diberi UJIAN!
Ok pendekkan cerita, saya berjaya jumpa Kak Aisyah dan hari itu diterangkan detailsnya.Alhamdulillah saya ada Coach untuk monitor saya dan mulalah proses penurunan berat badan dengan jayanya.
Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812
Herbalife Independent Member
Tiada ulasan:
Catat Ulasan