Jumaat, 16 Disember 2016

Kenapa rasa mengantuk sangat lepas makan




Kebiasaan kita selepas makan berat akan rasa sangat mengantuk terutamanya kalau kita makan besar waktu tengahari.Sebab itulah kalau Hari Jumaat ramai juga yang terlalu letih dan tertidur waktu Khatib berkhutbah!

Mesti kita rasa pelik kan, padahal tujuan utama kita makan adalah untuk dapat TENAGA tapi makin LETIH pulak kan.

Cuba kita tengok apa yang biasa kita makan.

Biasanya kalau sarapan pagi kita makan nasi lemak atau roti canai atau roti telur lepas itu ada minum pagi teh tarik dan kuih muih.Selepas itu waktu tengahari kita makan pulak nasi campur atau kalau jumaat ada juga makan nasi berwarna warni macam nasi beryani, nasi hujan panas dan nasi mandi manda hahaah.

Sebenarnya apabila  kita rasa terlalu letih sangat lepas  makan, ia disebabkan jumlah gula yang tinggi apabila kita makan makanan.Boleh rujuk kandungan Glycemic Index kalau nak tahu berapa kandungan gula. Badan kita perlukan tenaga tambahan untuk hadam gula gula ini dan menyebabkan kita akan mengantuk.



So kalau macam ini macammana nak makan? Kalau nak segar bugar kita perlukan makanan seimbang, kalau ambil nasi segeggam, kemudian boleh pilih sayur dan buah buahan.Pastikan Protein cukup juga.


Kita selalu makan makanan tinggi karbohidrat sebab itulah kita akan mengantuk sebenarnya.Saya  syorkan boleh cari karbohidrat yang tinggi serat sebab kandungan Glycemix Indexnya kurang banding yang biasa.Boleh  ambil nasi beras perang, atau roti wholewheat.Saya amalkan teamix  herbalife yang tinggi antioksidan untuk bakar lemak dan berikan tenaga selepas makan berat.Selepas  itu pastikan kita cukup minum air juga ya.

Selamat mengamalkan gaya hidup sihat ini dan boleh kongsikan tips ini kepada ahli keluarga kita dan sahabat handai kita semoga mereka pun sama juga sihat dan ceria setiap hari.

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812