Sabtu, 17 Jun 2017

Kurus Waktu Ramadan Naik Mendadak Selepas Raya

Salam Warahmah, Apa khabar semua, semoga saat ini kita sama sama diberkati, diberikan kesihatan dan keceriaan, 10 malam terakhir ramadan ini kita mohon diampunkan dosa-dosa kita dan diberikan jalan terbaik untuk perjalanan kehidupan kita seterusnya.

Hari ini saya ingin kongsikan Kenapa ramai yang turun berat badan  pada bulan ramadan, dan susah nak kekalkan penurunan berat badan tersebut.

Pada bulan Ramadan kita mulakan ibadah berpuasa ini selama sebulan, kalau kita boleh jaga pengambilan Nutrisi dan Protein, kita akan kekalkan Jisim Otot kita sepanjang ramadan. Namun begitu ramai juga yang sukar mengambil zat secukupnya, kurang minum air sebab berpuasa di siang hari akhirnya kita kekurangan jisim otot kita, ya badan nampak mengecil tetapi sebenarnya kita kurus sebab otot mengecut.

Pengambilan Makan yang berlebihan semasa berbuka dan sahur juga menyebabkan badan tidak berupaya menjadi lebih sihat ketika kita berpuasa, tengoklah time di bazar ramadan ramai yang membazir wang ringgit dan juga kalori membeli juadah berbuka berlebih lebihan.




KENAPA RAMAI MENGALAMI BERAT NAIK MENDADAK SELEPAS RAYA?

Kita di Malaysia memang ada cabaran juadah raya yang berlarutan setiap hari selama hampir 30 hari! memang banyak open house sana sini, dari Pagi Syawal sampai kadang kala terlepas bulan syawal pun banyak acara makanan.Sebenarnya majlis tak ada masalah, cuma kita yang perlu ada  ILMU dan KAWAL pengambilan makanan Tinggi Kalori dan Lemak selama beraya.

Cara  Terbaik untuk mengawal keadaan ini seperti di bawah

1. Pilih makanan yang lebih seimbang, pastikan ada Protein, Serat dan Juga Karbohidrat Kompleks semasa menikmati Juadah

2. Makan Secara Tenang, perlahan lahan, sambil berborak beramah mesra dengan sahabat handai dan ahli keluarga

3. Elakkan minuman manis, minum air kosong atau ambil green tea

4. Pastikan Makan Nasi Campur waktu tengahari, supaya badan kita cukup kenyang dan cukup zat

5. Cari Coach dan Timbang Berat  Badan Setiap Minggu Sekali, jangan sampai dah Terlajak sudah

6. Amalkan Senaman 3 kali seminggu, kalau lepas raya boleh banyak berjalan kaki dan juga ajak ahli keluarga buat aktiviti Sukan Rakyat atau Aktiviti Fizikal seperti Mandi Laut, Badminton, Main Bola, atau kalau best Sukan Rakyat seperti Galah Panjang, Bowling Sabut Kelapa, Ting Ting dan Sebagainya

7. 80 Peratus jaga pemakan, 20 Peratus Senaman dan 100 peratus minda positif, insya Allah hasil akan jadi lebih baik.


Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812