Jumaat, 3 Ogos 2012

Penting untuk anak

Salam Warahmah... rasa amat bersyukur dapat dikurniakan baby riduan dalam kehidupan kami ini, daripada hari lahir beliau, saya dapat peluang untuk azan dan memegang anak pertama kami ini.Setiap hari bersama beliau dapat melihat perkembangan milestone yang amat menarik.Ingat masa mula nak diberi susu ibu, ummi bekerja keras nak pastikan riduan pandai menyusu..kalau orang yang tidak sabar dah terus give up dan startlah ambil susu formula.

Rutin Seorang Bapa


Majoriti kawan kawan saya atau rakan seusia saya dalam lingkungan 30an-40an selalunya si Ayah@Bapa akan sibuk mencari rezeki dari pagi sampai malam..lepas subuh sudah gerak ke tempat kerja.. balik petang atau kalau ada urusan kena stayback di pejabat.. sampai rumah dah malam.. hanya boleh spend sedikit masa untuk anak.. perkara ini sudah menjadi rutin biasa rakyat malaysia.Kata nak tumpu cari rezeki supaya bila dah stabil nanti bolehlah beri masa kepada keluarga.. betul ker? Hakikatnya kita makin berumur.. kerja di tempat kerja makin banyak.. setiap minggu akan jadi lebih sibuk.. cuti makin susah nak dapat..kalau ada pun time raya atau cuti peristiwa sahaja.. Apabila kita sudah ada kewangan.. anak anak kita sudah besar.. kalau bonding kita bagus syukurlah..ramai juga yang tidak ada ukhwuah kekeluargaan disebabkan jarang bersama sejak kecil lagi..

Kalau dah puas hati dengan cara sekarang no problem.. saya nak kongsi pengalaman saya sekeluarga mana tahu ia dapat memberikan inspirasi dan jalan keluar kepada situasi anda sekarang.. inginkan lebih keceriaan? inginkan lebih kewangan? inginkan lebih masa untuk kelurga yang disayangi?


Bayangkan dengan baru 4 bulan riduan sudah mengembara ke Kota Kinabalu, Singapura, Jepun, dan ikut kami ke bandar bandar di Semenanjung Malaysia = Shah Alam,Ipoh,Melaka,Kuantan, Segamat,Batu Pahat, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Seremban,Kuala Pilah, Seri Menanti.. check in check out hotel.. dan selain itu majoriti di rumah dan kelab nutrisi kami.Kalaulah saya masih jadi doktor perubatan dan isteri masih jurutera.. segalanya amat berbeza.. kerja dan rutin kami menyebabkan anak akan dijaga oleh pengasuh setiap hari..mana ada peluang nak bawa anak ketempat kerja.. heheheh.. contohnya takkan saya nak bawa riduan ikut masa wardwork atau masa menjalani pembedahan.. atau isteri saya pergi kerteh bawa riduan duduk di atas pelantar minyak.. hehe.. sebab itu kami pilih untuk bekerja sendiri.. bekerja dari rumah.. kerja yer bukan tido kat umah.banyak masa dalam rumah.. ada office kami sendiri.. dan kalau ada temujanji dan sesi kelab nutrisi baru kami akan keluar.. itu pun 2-4 jam sahaja setiap hari.


Para parents yang sekarang Fulltime jadi Bos Sendiri, Bekerja dari Rumah



Jumaat, 27 Julai 2012

Fadhilat Menyediakan Hidangan Iftar @ Berbuka Puasa

Alhamdulillah dah hampir seminggu kita berpuasa, 10 hari pertama ini sungguh banyak Rahmat diturunkan kepada kita semua.Kita Setiap hari ada peluang untuk menjamah rezeki, bersahur , iftar dan moreh setiap hari.
Teringat kenangan semasa di Sudan, sangat seronok ketika menyambut bulan ramadan, amalan berebut menjemput masyarakat berbuka puasa sama.Seperti juga di Tanah Suci Makkah dan Madinah.Sebabnya sangat mulia dan tinggi fadhilat kalau kita memberi makan kepada orang yang berbuka.Setiap lorong dipenuhi dengan tikar bagi menempatkan para tetamu.Menu hidangan akan disediakan dari rumah,sangat sederhana, tidak membazir dan yang paling baik adalah selepas sahaja berbuka mereka akan Solat Maghrib Berjamaah bersama sama.

 Hadis:
Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga(Hadis Tirmidzi)
Jadi Rebutlah peluang ini untuk kita sama sama beramal di bulan penuh rahmat ini
 Kami ada juga ada majlis iftar nutrisi (Aloe,Tea dan Shake), solat maghrib, potluck, solat isyak dan taraweh di Kelab Nutrisi Kami di Shah Alam.Jemput hadir.






Sabtu, 21 Julai 2012

Sahur Apa pagi ini?

Anda makan apa untuk bersahur?


Rata-rata masyarakat kita makan berat semasa sahur seperti nasi berlauk, roti , bubur dan banyak hidangan karbohidrat.
Kesannya Peningkatan mendadak gula dalam darah dan juga insulin, serta penurunan tenaga.

Sahur Karbohidrat Tinggi

Pada waktu pagi, karbohidrat akan menyebabkan peningkatan kandungan gula yang tinggi di dalam darah, menyebabkan insulin akan dirembeskan daripada pancreas anda
Insulin tersebut akan menyingkirkan kandungan gula berlebihan daripada badan anda dan menukar selebihnya kepada Lemak.Kesannya kandungan gula akan menjadi rendah, kehausan dan kembali lapar dan memerlukan karbohidrat.Semakin lapar semakin banyak kita akan makan.Kalau semasa berpuasa, kita akan menjadi terlalu lapar dan kita akan melantak kuat semasa berbuka puasa
Inilah puncanya kita mudah menghadapi risiko diabetik, darah tinggi dan kenaikan berat badan walaupun kita Berpuasa!




Tidak bersahur…

Bagi mereka yang tidak bersahur, sebenarnya kesannya lebih buruk.Sunat kita mengambil sahur ketika berpuasa.Bayangkan apabila tidak bersahur, kandungan gula yang begitu rendah akan menyebabkan kita kelaparan dan lemah tidak bermaya sepanjang hari.
Kesannya lebih buruk apabila kita berbuka puasa nanti, pastinya kita akan melantak dengan begitu banyak sehingga lupa hikmah sebenar dan tujuan berpuasa.Kita akan menambah lagi ketika moreh sehingga kita berisiko tinggi berdarah tinggi, diabetis dan lebih berat badan walaupun berpuasa pada siang harinya.Bayangkan seterusnya hingga sambut syawal nanti.

Ahad, 3 Jun 2012

Percutian di Tokyo Herbalife Asia Pasifik 2012

Salam Warahmah.. Alhamdulillah sekarang berada di negara matahari terbit, Jepun.Kami qualified percutian percuma, kalau tahun lepas ke Gold Coast, Australia, Tahun ini ke Tokyo Jepun.

Saya bawa Aisyah Isteri Tercinta bersama anak kami Baby Riduan.. Flight Japan Airlines. memang best layanan mereka ketika dalam penerbangan.. sangat menjaga keperluan kalau kita ada baby..

Teringat masa kat sudan dulu.. ada saudara yang kerja industri petrolium.. Anak Pak Sab. mengatakan pada tahun 2011 dulu, Kalau ada peluang berjalan.. Jepun antara yang paling terbaik.. sebab banyak tempat untuk kita ziarah.. namun ramai yang tidak mampu sebab kosnya tinggi..

Isnin, 30 April 2012

Alhamdulillah Kami dah ada di Shah Alam

Salam Warahmah...

Seronok hari ini.. kami dah ada di shah alam semula... misi membantu masyarakat jadi sihat dan ceria di Kelab Nutrisi Kami, Wellness Center Shah Alam..

Bulan ini paling best sebab kita rancang banyak aktiviti dalam kelab.. sangat seronok...


Ramai yang hadir untuk belajar jadi sihat, belajar bangunkan diri dan yang paling penting ukhwah persaudaraan terjalin di sini.

Kalau ada yang berminat boleh hubungi saya Dr Kamarul 0162090812

Khamis, 19 April 2012

Hari Pelanggan @ STS Ipoh

Salam Warahmah...

Alhamdulillah sekarang masih di Perak, bersama Cahaya Mata Pertama Kami. Insya Allah hari Ahad ini saya akan berkongsi pengalaman di hotel Syuen, Jemput hadir bersama rakan taulan... Paling penting untuk mereka yang SERIUS JADI LEBIH SIHAT ataupun SERIUS UBAH KEHIDUPAN...


Boleh Call Saya 016 2090812 untuk tiket harga istimewa

Khamis, 12 April 2012

Hari Lahir dan menunggu cahaya mata pertama


Salam Warahmah…



Umur tambah satu lagi tahun ini… syukur dilahirkan sempurna dan diberikan kekuatan untuk teruskan perjuangan kehidupan ini… semalam ramai yang ucapkan selamat kepada saya dan keluarga, terima kasih semua..

Sampai kelab semalam, mereka buat kejutan dengan majlis hari jadi.. siap ada home made cake.. Sepanjang hari saya berkongsi pengalaman hidup saya… kehidupan kita ada saat gembira dan ada saat sedih… yang penting kita perlu sentiasa syukur dengan pemberian yang senantiasa diberikan
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812