Selasa, 18 September 2018

Teamix Herbalife

Salam Warahmah, hari ini saya nak share kelebihan menggunakan Herbalife Teamix untuk Program Pengurusan Berat Badan.

Ramai yang hubungi saya untuk kuruskan badan, nak cari teh untuk kurus.Saya cakap kalau nak kurus kena guna Herbalife Shake sebab ia ganti makanan.
 Selain ini ada juga fungsinya sebagai anti oksida, Ektrak teh hijau memang sangat bagus, dah lah rendah kalori tinggi antioksida pula.

Saya biasanya suka minum Teamix ini panas panas, bangun pagi terus ambil selepas minum Herbalife Aloevera kita boleh minum Teamix.

Kalau kita bersenam kita boleh juga minum teh ini, saya suka letak sedikit ais bagi sejuk sikit lepas bersenam.

Dari segi perasa setakat ini Herbalife Malaysia ada 2 jenis Teamix

1) Teamix Lemon and Hibiscus


Teh ini rasa lemon dan ada campuran bunga raya, letak satu sudu untuk satu cawan ataupun kalau nak guna botol 2 liter herbalife pun ok juga letak satu hingga 2 sudu herbalife.

2) Teamix Peach


Teh ini perasa buah peach, rasa manis sangat sedap jugak, cuma kalau nak guna try letak sikit dahulu sebab dah pekat rasanya.Saya suka juga bagi sejuk letak ais dan kalau nak best lagi boleh campur dengan aloevera manggo atau mandari pun sedap.




Tea Mix




















Untuk memberikan kecerdasan dan juga sebagai pengurusan berat badan
Campuran teh segera kalori rendah yang enak ini membantu anda kekal bertenaga dan segar sambil anda menguruskan berat badan anda.
Mengandungi antioksida dan teh hijau termogenik
Boleh dinikmati panas atau sejuk
Low-calorie instant tea mix helps you stay energised and refreshed while you manage your weight. Includes antioxidant and thermogenic green tea. Enjoy hot or cold

Formula 1 Shake Herbalife

Salam Warahmah, hari ini saya nak share kelebihan menggunakan Formula 1 Shake untuk Program Pengurusan Berat Badan.

Herbalife adalah makanan gantian yang boleh digunakan dalam program harian kita, sangat mudah disediakan dan boleh pilih perasa yang kita suka.

Saya bermula dengan ambil Formula 1 Perasa Tropikal, rasa buah-buahan kalau yang suka minum atau makan buah segar, dan kalau yang suka rasa coklat boleh ambil Formula 1 Dutch Chocolate.

Setakat ini di pasaran Malaysia ada 6 jenis perasa


1) Formula 1 Shake Cookies and Cream





Perasa ini memang paling popular sekarang, rasa sedappp macam ice cream cookies, nak bancuh pun sangat mudah, guna shaker cup pun boleh atau kalau nak sedap lagi boleh guna blender tambah dengan sama ada Susu Rendah Lemak ataupun Soya Kurang Manis.Perasa ini sangat special sebab siap ada biskut yang rangup, nak turun berat badan pun boleh mengunyah sihat lagi heheh.



2) Formula 1 Shake Dutch Chocolate





 Ramai yang suka rasa coklat kan, dari kecil kita dah biasa minum air coklat kan, kalau makan aiskrim biasanya akan order perasa coklat.Cara nak bancuh pun mudah juga boleh guna shaker cup atau blender, ramai yang suka guna air kosong jer, kalau nak sedap lagi biasalah tambah sedikit soya ataupun susu rendah lemak, sekali sekala boleh letak avocado fuhhhhh memang meleleh rasa.


3) Formula 1 Shake Cappucino




Kalau jenis yang suka sangat mengopi kopi sana sini paling bagus ambil perasa ini, pagi pagi gantikan dari minum kopi yang tinggi kaffien kepada shake cappucino, terus bertenaga dan bersemangat pagi kita.Kalau time ramadan kita biasa buat shake ini campur dengan buah kurma, nikmatttt tak terhingga lepas berbuka puasa kita.


4) Formula 1 Shake Vanilla




Perasa ini agak plain, sangat sesuai untuk yang nak rasa simple sahaja, macam adik beradik saya memang suka ambil, kalau beli ais krim pun akan order vanilla, kalau makan roti pun akan beli yang ada vanilla jugak, so bagus ambil shake vanilla terus. Kebaikan shake ini satu lagi kalau nak campur dengan buah buahan sangat mudah nak di blend sama, sebab basenya plain so kalau nak blend dengan buah pisang ker, buah naga ker atau buah mangga ker sangat boleh.


5) Formula 1 Shake Strawberry




Perasa ini sangat famous di kelab nutrisi kami, ada peminat tersendiri jugak. Cuma saya sangat syorkan tambah dengan soya atau susu rendah lemak juga ataupun nak guna jus asli pun bagus, kami biasa blend dengan oren fuhhhh sedap.Satu lagi kalau nak up lagi rasanya boleh campur dengan buah naga atau buat strawbery pun boleh.

6) Formula 1 Shake Tropical Fruits




Aroma buah buahan dan juga rasa macam pisang pun ada, sangat wangi baunya.Kalau jenis suka buah bagus ambil ini, dan yang tak suka rasa creamy macam chocolate so better pilih perasa ini.Nak campur dengan buah buahan segar pun best jugak. 


Cara Penyediaan Shake Herbalife



Shake On The Go guna Shaker Cup 





Shake guna Blender

Info Mengenai Herbalife Formula 1




Hidangan yang menyihatkan dengan 19 vitamin, mineral dan nutrien perlu dalam 6 perisa yang lazat untuk menyokong pengurusan berat badan anda.



Butiran
Shake Formula 1 meliputi soy protein soya, serat dan nutrien perlu yang membantu menyokong metabolisme, pertumbuhan pembaikan selular, dan pengeluaran. Terdapat dalam 6 perisa lazat.
Manfaat Penting
    • Hidangan sihat untuk nutrisi seimbang
    • Menguruskan berat badan, menjadi lebih sihat
    • Dapatkan 9g protein dan serat yang menyihatkan
    • Beri khasiat kepada badan anda dengan Nutrisi Selular
Penggunaan
Kisar atau bancuh 25g (2 sudu besar penuh) Formula 1 dengan 250ml susu rendah lemak atau susu soya. Cipta resipi dengan menambah buah-buahan dan ais.
Fakta Pintas
    • 9 gram protein soya yang menyihatkan dalam setiap hidangan.
    • Mengandungi antioksidan vitamin C dan E.
    • Mengandungi Aminogen®†, plus bromelain dan papain,untuk menyokong pencernaan protein.
    • Cipta resipi anda sendiri dengan menambah buah-buahan segar.
    • 0 kolesterol; 0 trans lemak.

Harga Terkini Produk Herbalife Malaysia 2018

Salam Warahmah, semoga hari ini sihat ceria dan gembira.

Ramai yang bertanyakan kepada saya mengenai harga produk Herbalife, ada perubahan ker?

Produk Herbalife bergantung kepada kos dari Kilang pembuatannya, kemudiannya ada packaging & handling dan penghantaran di seluruh negara herbalife beroperasi bergantung kepada jarak dan cukai tempatan.


Kalau kita di Malaysia, ketika GST dikenakan memang harga produk Herbalife ada berbeza sedikit, ada penambahan 6% GST untuk semua produk Herbalife. Kalau anda mencari harga mestilah merujuk kepada Member Herbalife yang aktif untuk dapatkan harga terkini yang lebih tepat.

Selepas Kerajaan Malaysia memansuhkan Cukai GST, Harga produk herbalife pun diselaraskan juga dengan memansuhkan 6% daripada harga runcit produk, kalau berurusan dengan kami, semua harga akan updated dengan senarai terkini.

Ada juga yang bertanya selepas adanya SST, harga terkini produk Herbalife Malaysia ada perubahan ker?

Selepas SST setakat ini belum ada apa apa perubahan dari segi harga, Alhamdulillah Produk Herbalife tidak dikenakan cukai SST kepada pengguna. Namun ada kemungkinan harga akan turun atau naik bergantung kepada harga kos asal dari kilang pengeluaran, transport dan handling produk sehingga sampai ke tangan pengguna.

Paling penting adalah dapatkan Harga yang terkini dari Member Herbalife yang Sah. Sekiranya anda belum ada lagi Coach bolehlah contact saya untuk dapatkan harga tersebut.

Sebelum memulakan mana mana program kita perlulah jelas sebab apa kita ingin memulakannya, sebab sebagai coach saya dan isteri akan sesuaikan mengikut keperluan dan bajet pelanggan kami yang ada latar belakang berbeza-beza, dari student, suri rumah, pekerja, peniaga dan pesara pun ada semuanya boleh jadi lebih sihat dan ceria setiap hari.




Dr Kamarul
Herbalife Independent Member
0162090812

Jumaat, 5 Januari 2018

Kurus dengan Herbalife

Salam Warahmah Semua, Semoga Sihat Ceria dan Gembira.

Ramai yang hubungi saya untuk mulakan Program Kurus dengan Herbalife, ada yang dah cuba macam macam cara tapi masih belum berhasil dapat berat badan yang diinginkan.

Saya Suka menggunakan herbalife sebab sangat mudah disediakan, kalau ingin turun berat kita mestilah tahu cara pemakanan yang betul dan paling penting ada kalori defisit, barulah berat badan kita akan turun secara sihat dan selamat.

Satu lagi yang paling penting, kalau nak kurus dengan herbalife kita kena tahu bahawa Shake yang kita ambil adalah makanan seimbang, makanan gantian harian kita, dan herbalife bukannya ubat kurus, sebab itulah ramai yang gagal turun berat badan sebab mengambil ubat kurus tanpa ubah tabiat dan gaya hidup kita.

Dalam Herbalife kita ada Coach yang akan memantau hasil kita, jadi ramai yang ikut meal plan insya Allah hasil akan jadi lebih baik dan menepati impian kita.

Jom Teruskan usaha dan kalau kenal sesiapa nak Kurus dengan Herbalife boleh contact saya


Isnin, 1 Januari 2018

Tips Mengelakkan Diet Kelaut Semasa Hujung Minggu dan Cuti Sekolah

Salam Warahmah, semoga Sihat dan Ceria Sentiasa

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan panduan kepada semua bagaimana untuk konsisten dalam mengamalkan gayahidup sihat dan bagaimana menangani Cabaran "Diet Kelaut" masa family gathering, anak anak cuti sekolah , cuti hujung minggu yang panjang.

1. Impian Besar, Badan Kecil 




Paling penting MESTI ada Impian untuk Sihat, Langsing, Kurus atau Fit.Cuba tanya pada diri kita apa sebab utama untuk kita berubah? Sudah bosan jadi Gemuk, dah lah gemuk gedempol pulak, dah lah gemuk gedempol malas dan asyik letih pulak.Cari 1000 Sebab untuk berubah dan kurangkan ALASAN.Sampai bila ingin di takuk lama.

2. Cari Mentor yang berpengalaman dan terbukti berjaya



Isnin, 11 Disember 2017

Siap Sedia untuk Kurus 2018

Salam Warahmah, Syukur sangat kita masih lagi ada peluang untuk berubah pada hari ini.
Kita perlu berusaha untuk tingkatkan kesihatan kita bagi menjalani kehidupan harian kita, time cuti sekolah dan musim perayaan kita perlu sihat barulah boleh fokus pada ahli keluarga tercinta.

SIAP SEDIA UNTUK KURUS 2018?

Saya nak share 9 Perkara Penting untuk Kurus 2018.

1) SEDAR

Kesedaran atau awareness sangat penting untuk kita ada sebelum mulakan perjalanan untuk kita berubah, sebabnya ini paling penting, kalau kita tak sedar memanglah berat badan kita akan naik mendadak dadak!. Kesedaraan ini ada banyak caranya, ada yang SEDAR selepas menderita seperti Serik asyik sakit badan, atau dah MALU SANGAT dengan bentuk badan sendiri.Ada juga sedar sebab bayangan kalau tidak berubah sekarang makin naik tahun makinlah susah dengan faktor kesihatan makin buruk dan keupayaan semakin terhad.

2) ILMU

Segala aturan dalam hidup ini perlukan ilmu yang bermanfaat, kalau nak kurus kenalah belajar dari mereka yang SUDAH BERJAYA, dan ILMU sangat BERNILAI.Contohnya ramai jer nak turun berat tapi salah cara, buat CRASH DIET, makan MELANTAK, dan TIDAK TAHU nak pilih makanan yang SEIMBANG. Apabila kita dalam kegelapan, ILMU akan menberikan CAHAYA kepada kita.


3) AMALKAN

Selepas dapat Ilmu perkara PALING WAJIB mestilah kita amalkan, barulah MENJADI KENYATAAN Impian kita.Ramai yang hanya mencari Info sihat tetapi tidak amalkan, jangan harap kita nak dapat hasil terbaik.Amalan ini perlu berterusan supaya hasil pun berterusan.

4) PANTAU

Pemantauan COACH atau JURULATIH sangat PENTING sebab kalau kita buat SORANG- SORANG kita susah nak buat penilaian, sebab COACH bagaikan GURU yang akan MENDIDIK, MENASIHATI dan MENEGUR  kita supaya kita SENTIASA di JALAN YANG LURUS lagi KURUS.

5) SEMANGAT

Apabila kita SUDAH SEDIA, barulah SEMANGAT itu akan MEMBARA!. Kita akan LALUI PERJALANAN dan CABARAN dengan lebih teratur dan menjadi kekuatan BESAR kepada diri kita untuk BERUBAH SENTIASA.

6) EMOSI

Kita WAJIB mencari KENAPA KITA PERLU BERUBAH? Sebab kalau kita ada BIG WHY barulah kita mudah untuk CAPAI IMPIAN kita, Kita cari Nilai EMOSI yang positif, seperti contohnya SUDAH SERIK diejek, SUDAH BOSAN GEMUK, SUDAH MENYAMPAH Tidak ada Saiz Baju.

7) DEDIKASI

Kekuatan dan Ilmu yang ada kita perlukan dedikasi, sebabnya ia akan membantu kita lebih FOKUS dan mengelakkan impian kita DICURI dan GAGAL.

8) ISTIQAMAH

Amalan yang BERTERUSAN akan mendekatkan kepada IMPIAN KITA, ada kalanya kita tidak turun walaupun 100 gm pun, tapi sebab kita konsisten kita akan dapat juga hasilnya.Sebab ada kalanya kita sedang turun saiz, sebab itu tidak turun berat!.

9) AMANAH

Apabila melakukan proses ini kita perlu JUJUR kepada DIRI SENDIRI, perubahan ada di TANGAN KITA, kita perlu amanah dan ikhlas, TIPU yang paling TERUK adalah menipu diri SENDIRI, Kita jaga tubuh badan kita sebab ia adalah amanah paling besar kepada kita.

Sabtu, 1 Julai 2017

7 Tips Bakar Lemak Selepas Raya






1. Mulakan Sekarang


Ramai yang nak tunggu lepas cuti seminggu raya baru nak bermula, ada yang nak tangguh sampai habis 30 Syawal baru nak start, ingat makin lama kita tangguh makin menebal lemak kita, makin berat mata memandang berat lagi badan yang dipikul lemaknya.Kalau impian nak kurus sebelum 2018 kita ada lagi 6 Bulan lagi jadi sangat sempat untuk dapat hasil dari sekarang.






2. Timbang Berat Badan kita


Perkara ini yang ramai TAKUT dan MALU lakukan, sebab ingin lari dari realiti bahawa badan dah makin tembam, baju dah makin ketat sebab itu nak lari dari pemantauan penimbangan.Sebenarnya jangan kita takut dengan timbang, sebab apa yang penting bila kita bermula pantau badan kita akan kita jaga dengan lebih baik, tidaklah asyik belasah dengan beribu ribu kalori time raya sahaja.Timbang paling bagus dibuat waktu pagi dan juga seminggu sekali sudah cukup, sabar sebab kita baru bermula nak cairkan lemak.






3. Wajib Buat Regangan


Bayangkan badan kita dah lama sangat tidak bersenam, ada yang sebulan, ada yang berbulan bulan dan ada yang last bersenam tahun lepas pun ada, jadi sangatlah penting regangan ini, setiap kali nak mula bersenam sebab nak elakkan kecederaan, semangat kita dah tinggi tiba tiba injured pulak.










4. Boleh mula dengan Senam Kardio Dahulu


Kita boleh pilih senaman seperti berjalan kaki, berlari, kalau minat aerobic pun bagus, atau kalau suka berzumba pun best juga, berenang pun salah satu senaman yang sangat bagus untuk yang dah lama tak bersenam.Apabila badan dah rasa ok sedikit bolehlah nak buat senaman strength seperti di Gym, mendaki bukit dan Tabata.






5. Permainan Sukan Pun Bagus juga


Kalau nak lagi best boleh join permainan sukan seperti Futsal ker, Badminton ker, Bowling ker bersama member member.Sambil kita bersukan bakar lemak bolehlah kita happy happy dengan kawan kawan kita






6. Cari Coach yang berpengalaman


Kalau kita jenis yang sangat mudah lalai, ataupun yang jenis cepat putus asa bagus join mana mana senaman yang ada jurulatih sekali, ada yang buat personal training, ada yang sertai martial arts, senam robik bersama coach dan boleh join bootcamp dan fit challenge, jurulatih ini akan bantu kita lebih fokus dan paling penting juga senaman yang kita lakukan dengan teknik yang betul dan selamat.






7. Jaga Pemakanan Juga


Senaman tahap gaban pun kalau melantak tahap dinasor tak akan jadi hasilnya! Ingat kalau kita berjongging ker bersenam ker sampai keluar peluh biasanya boleh bakar 300 hingga 500 kalori, sangat rugilah kita lepas bersenam melantak pula sebab itu ramai yang bersenam makin gemuk, jaga juga pengambilan air kita setiap hari sebab peluh yang banyak akan kurangkan jumlah air dalam badan kita.

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812