Isnin, 1 Januari 2018

Tips Mengelakkan Diet Kelaut Semasa Hujung Minggu dan Cuti Sekolah

Salam Warahmah, semoga Sihat dan Ceria Sentiasa

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan panduan kepada semua bagaimana untuk konsisten dalam mengamalkan gayahidup sihat dan bagaimana menangani Cabaran "Diet Kelaut" masa family gathering, anak anak cuti sekolah , cuti hujung minggu yang panjang.

1. Impian Besar, Badan Kecil 




Paling penting MESTI ada Impian untuk Sihat, Langsing, Kurus atau Fit.Cuba tanya pada diri kita apa sebab utama untuk kita berubah? Sudah bosan jadi Gemuk, dah lah gemuk gedempol pulak, dah lah gemuk gedempol malas dan asyik letih pulak.Cari 1000 Sebab untuk berubah dan kurangkan ALASAN.Sampai bila ingin di takuk lama.

2. Cari Mentor yang berpengalaman dan terbukti berjaya





Ingin Turun Berat badan, jangan jumpa Makcik Minah (Bukan Nama Sebenar) yang ada di sebelah rumah dan tanya padanya bagaimana ingin turun berat badan!, Nanti jawapan akan diterima tidak masuk akan dan tidak ada panduan yang betul, Seperti Ketam mengajar anaknya berjalan, nak slim jadi lebih gemuk pulak, yerlah sebab Makcik Minah (Bukan Nama Sebenar)  pun dengan 1001 teknik kurusnya tidak pernah kurus pun makin gemuk adalah.Hukumnya CARI yang Pakar dan berpengalaman, Coach Herbalife seperti kami sudah TERBUKTI dengan TESTIMONI dan juga ada ILMU yang boleh dikongsi setiap kali kita memerlukan panduan.Saya sudah turun 50kg, Isteri tercinta turun 19kg, adik turun 25kg, hasil tidak tipikal bergantung kepada individu.

3. Rancang Pengambilan Sarapan Pagi Nutrisi Harian


Paling penting setiap hari Sarapan Pagi atau Sahur pada bulan Ramadan, kita Ambil Nutrisi Aloevera untuk Cuci Usus, Teamix untuk beri tenaga dan Shake bersama Protein Makanan Lengkap penuh nutrisi, rendah kalori dan seimbang.Sebelum ambil makanan yang lain pastikan badan kita dilengkapi dengan zat zat yang diperlukan, seperti anak anak kalau masa cuti sekolah perkara asas seperti Bangun dan Mandi Pagi tetap dilakukan walaupun sedang bercuti, Badan Luaran kita sudah mandi, sekarang pastikan usus kita dan badan kita pun diberikan cucian yang sepatutnya.Saya pastikan Nutrisi diambil termasuklah di pagi Hari Raya, sebelum menjamah makanan lain.

4. Mulakan dengan Senaman Pagi



Kita boleh ajak Ahli keluarga kita beriadah pada pagi hari, sambil keluar peluh sambil berukhuwah sambil menikmati pemandangan indah dan dapat Vitamin D Sinaran Pagi, Boleh buat Larian, kalau tidak larat berjalan pun boleh, kami biasa dengan Stroller pun boleh buat 5KM Fun Run pada waktu pagi, kalau inginkan aktiviti lebih mencabar boleh Mendaki Bukit seperti Broga, atau Boleh Berenang di Kolam atau aktiviti Tepi Pantai sambil bersantai sambil workout.Kami pernah juga sertai Aktiviti Berkebun di Pagi Hari.

5. Sediakan Snek Sihat sebagai Kudapan


Perkara ini sangat penting terutama apabila kita berkumpul sesama Ahli keluarga, biasanya kita akan senang tewas dengan menu menu snek sebab nampak macam sedikit tetapi sebenarnya tinggi kalori dan lemak.Gantikan menu menu kuih muih, keropok, jajan, asam, popcorn , manisan dan kek kepada yang lebih sihat.Contohnya kami selalu sediakan Buah Buahan Segar, Hummus, Kekacang seperti Badam dan Gajus, Taufufa, Yogurt, Kismis dan Kurma.Menu dari Telur dan Peanut Butter pun boleh digunakan, cari resepi yang sesuai.Kalau yang suka sangat mengunyah boleh makan kuaci dan ambil Chocolate Peanut Bar Herbalife.

6. Minum Air Putih


Setiap 25kg berat badan kita perlukan Air Putih sebanyak 1 liter, kalau kita kurang air putih badan kita akan jadi dehyrated, ia melemahkan sistem badan kita, merendahkan metabolisme seterusnya proses pembuangan toksin sukar dilakukan dengan sempurna.Air juga membantu mengawal selera supaya tidak ketagih kepada manisan dan makanan tinggi garam.Tips masa Cuti sediakan Buah Lemon dan hiris halus untuk dimasukkan dalam kandungan air yang kita minum, tidak perlu sediakan minuman manis manis lagi.Boleh baca Entri sebelum ini Kenapa Susah Minum Air?

7. Porsi Makan Utama Kita, Cari Resipi Sihat


Kegagalan kita mengawal porsi menyebabkan diet kita akan kelaut, ibarat dari laut China selatan menuju laut pasifik! Ya saya tahu anda inginkan makan bersama keluarga dan tidak mahu ahli keluarga Terasa Kecil hati apabila tidak menjamah makanan yang dihidangkan.Siapa suruh tidak makan? boleh jer makan cuma kawal porsi sahaja.Karbohidrat satu genggam, Protein sebesar tangan dan Sayur banyak, mesti nampak penuh pinggan kita.Selalu kita makan nasi membukit dan ada penambahan berperingkat lagi.Taktik lama makan banyak sudah diketahui umum jadi anda tidak boleh sorok lagi ya.Pastikan Protein ada disetiap juadah kita.Boleh lihat kepentingan protein dalam entri sebelum ini

8. Makan Perlahan-lahan, Sekarang Bukan Masa Perang




Saya faham anda sibuk dan banyak sungguh urusan yang ingin dilakukan semasa cuti dan perayaan ini, jadi pastikan makan secara beradab dan teratur, biar lambat asalkan selamat, bukan mencekik seperti esok tiada lagi makanan di dunia ini, ya pilih makanan kegemaran kita, bezanya makan dengan kunyah lebih lama sikit, kita ada enzim dalam mulut kita yang akan mencerna zat yang dimakan.Sambil makan boleh berborak dengan Ahli Keluarga dan Sahabat Handai, bukan ker tujuan utama untuk berhimpun adalah untuk bermuamalah? Apabila kita makan perlahan badan kita akan jadi lebih tenang dan cepat kenyang dengan sempurna.Ramai mengadu sakit perut kerana terlebih makan disebabkan makan gelojoh.

9. Ambil Makanan Tambahan yang membantu Sistem Tubuh Badan.



Saya syorkan semasa cuti sekolah boleh juga tambah targetted nutrition ke dalam pelan pemakanan kita, Pengalaman saya selepas makan juadah harian akan mengambil Omega 3 Herbalife untuk kesihatan kardiovaskular terutama apabila makanan harian kita tinggi lemak dan kolesterol.Saya juga mengambil TC Formula, yang membantu meningkatkan metabolisme, mengawal selera makan dan juga bantu untuk turunkan berat badan kita.Kita akan jadi lebih aktif dan segar setiap hari.

10. Ambil Gambar dan Pastikan Jujur pada Coach Kita, Teruskan Usaha

 

Saya ada banyak customer yang jujur semasa cuti dan perayaan, Cheat Day Everyday! Bagus ambil gambar setiap hidangan yang kita ambil dan boleh Whatapps / Telegram  pada Coach anda, tugas juruslatih ini akan memantau pengambilan Kalori harian anda, kalau anda terlebih ambil makanan, terlebih kalori kita boleh baiki untuk meal yang seterusnya, dalam masa 3 hari kita masih boleh lakukan adjustment.Sebagai contohnya, customer saya yang BMR nya 1500 kalori akan mengambil 3000 kalori di hari perayaan, saya akan monitor supaya keesokkan harinya boleh kembali ontrack, minum air lebih, tambahkan teamix untuk bakar lemak dan tingkatkan senaman kardio


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca blog saya, kalau mencari Coach untuk Turun Berat Badan, Kurus Sebelum Raya dan Fit Cergas boleh  hubungi saya sebagai Herbalife Independent Member, kalau anda sudah mempunyai Coach Herbalife, boleh hubungi coach anda untuk pemantauan.

Selamat Bercuti dan Selamat Mencapai Impian!



Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sahur Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

2 ulasan:

Chad berkata...

Diet ni kalau taknak ke laut yang penting 2 bende je. Disiplin dan habit. Kalau ade disiplin dan habit yang baik. Motivasi dah takde pun kite tetap boleh maintain konsisten dengan diet kite. Boleh bace pasal habit dan disiplin dalam diet kat sini.

Sado Street

Dr Mohd Kamarulzaman berkata...

Ya setuju bro, disiplin sangat penting, kenapa kita bermula. Habit kalau kembali ke cara lama memanglah tak dapat maintain penurunan kita. Biasanya yang lupa diri terlalu emosi itu yang bahaya makan melantak bukan sebab lapar.

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812