Ahad, 1 Mac 2015

Kebun Komuniti Seksyen 8


Salam Warahmah, Hari ini saya nak kongsi projek terbaru komuniti Shah Alam, Kebun Komuniti yang dikelolakan oleh MBSA dengan usahasama Penduduk Seksyen 8 Timur.



Kita ada peluang untuk Berkebun Sambil Beriadah, sempena Kempen Gaya Hidup Sihat dan Aktif.Makanan yang kita dapat dari Sumber yang lebih segar dan tinggi zat.

Kebun Komuniti ini terletak di Seksyen 8, ada kawasan tasik dan ia menghadap lebuhraya NKVE, kalau dari Highway kita boleh nampak tapi kena bawa slow sikit baru boleh lihat.

Terima kasih buat MBSA kerana memilik kawasan kami ini sebagai projek perintis di Shah Alam.Mereka bantu dari segi penyediaan tapak, benih, baja dan juga konsultasi permulaan.Ada banyak batas dibina dan setiapnya diberi amanah kepada penduduk untuk usahakan.

Pada Hari Jumaat 27 Feb, Dato Bandar MBSA hadir bersama Team MBSA bagi memantau kawasan ini, Alhamdulillah penduduk juga datang untuk menolong berkebun dan mengambil hasil yang tersedia pada musim kali ini.


 Boleh nampak Tasik yang ada, kawasan ini dibawah pencawang eletrik TNB, jadi daripada dibiarkan kosong bagus dibuat seperti ini, dapat juga hasil pada bumi dan juga menjimatkan kos membeli sayur penduduk.
 

 Baru Kenal pakcik jiran tetangga, sangat rajin bersama projek kebun ini

 Ada juga Pokok Jagung, kami baru petik sedikit, insya Allah banyak akan masak lagi

\
Ada banyak jenis tanaman seperti Cili, Bendi, Petola, Peria, Sayur Bayam, Kangkung, Ulam Ulaman





Hasil Tangkapan hari ini, Alhamdulillah Syukur sebab bukan senang nak tanam sendiri pokok pokok ini, hasil kerjasama dan juga bantuan masyarakat dan MBSA kami sudah ada kebun sendiri sekarang.







Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812