Khamis, 20 Disember 2012

Cerita Tentang Biskut



Cerita Tentang Biskut, Thanks pada Sepupu saya Fareez Noor Hanafi


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut Famous Amos yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. 
“Tak malunya lelaki ni… Dah la tak mintak daripada aku.. Makan sama banyak dengan aku pulak tu… Pencuri!! ” Rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu,  lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. 
“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian yang menakutkan, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya. 
Ya…biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
 


~Jangan buruk sangka dengan orang lain. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Allah SWT mengingatkan :- 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ 
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, Ayat 12]

Rabu, 19 Disember 2012

Free Fun Shake Party!!!


Rasa SEDIH? JEMPUT sertai Shake Party kami!
BERGEMBIRA dengan KENALAN BARU & hidangan SHAKE YANG MENYIHATKAN .
Dapatkan PRODUK HEBAT dengan PERCUMA!



Hubungi Dr Kamarul 0162090812 atau isi form untuk hadir sesi terdekat... sangat seronok!!!




Isnin, 17 Disember 2012

Alhamdulillah Mercedes C200

Income applicable to the individuals (or examples) depicted and not average



Alhamdulillah Syukur padaMU Ya Allah, Semalam Selepas Perkongsian Luar Biasa Kamaliah dan juga 20K Exe Pres Team Kapten dan Kak Rahimah kami buat keputusan untuk Fokus pada impian kami.Saya bukan jenis yang suka bawa kereta selepas 2 kali kemalangan, teringat kisah pertama menaiki Kereta Honda Civic Abah, masa tue nak cepat sangat ke destinasi terus bergegas keluar.. sampai tak sempat jumpa Arwah mak.. walaupun memang sedar beliau ada panggil pada pagi tersebut.. Sebagai Anak.. kita perlu ingat bahawa ibu bapa adalah insan yang paling berharga dan perlu kita senantiasa berusaha menggembirakan mereka.Saya terus accident dan fobia selama 10 tahun tidak mampu bawa kereta..

Kali Kedua adalah semasa Aisyah sarat mengandung Baby Riduan.. dari Rumah ke Seksyen 3 Shah Alam.. namun kerana training dalam herbalife yang sangat luar biasa saya boleh bawa kereta dengan lebih baik selepas itu.. tiada fobia..



Hari ini paling bermakna.. Asalnya ingin bawa abah dan cek untuk test drive dan bincang apa langkah yang kami perlu lakukan.Rezeki Allah berikan kepada kami dan kami dapat peluang yang luar biasa... terima Kasi Abah dan Cek... Asalnya ingin ambil C180.. sebab sold out dan dapat good rate kami upgrade ke C200 elegance.. ikutkan mana reti jenis kereta ini..




Kelakarnya.. kami decide buat booking sampai terlupa buat TEST DRIVE!!! hahah

Kenapa saya ingin sangat Kereta ini?

1. Hadiah untuk Abah dan Cek..

Memang kereta ini nama kami tapi kami ingin berikan untuk mereka rasa kenikmatan apabila bekerja bersungguh sungguh membangunkan herbalife selama ini.. Allhamdulillah Syukur

2. Ingin Tunai Impian Arwah Mak

Arwah mak memang berkenan kepada Mercedes.. beliau ingin sangat yang mata belalang.. dan ingin sangat nak bagi abah pakai.. so kami ingin tunai impian ini dan supaya abah dapat merasa..

3. Upgrade Lifestyle

Kami tahu, untuk mengubah diri kami perlu upgrade kehidupan kami.Cara ini kami boleh beri peluang kepada team dan rakan rakan supaya fokus kepada impian dan kerja terus walaupun diuji dan diberi rejection.. Sekiranya Why kita besar How kita pasti mudah.

Kesimpulannya
Semoga Allah sentiasa meletakkan kami dikalangan hamba yang sangat bersyukur dan kami inginkan lebih lagi kejayaan supaya menjadi Muslim Solehin dan mengesani ramai

Untuk Pengetahuan.. kereta masih dalam proses.. jangka tengah januari baru keluar
Terima Kasih Abah, Cek, Isteri Tercinta Aisyah Patthi, Baby Riduan dan Kaisarah yang bersama sama tadi

Siapa ingin sukses pada 2013? ingin lebih sihat dan bebas kewangan? Saya bersedia coach anda

Jumaat, 23 November 2012

Grand Final Weight Loss Challenge Musim 6




Hari ini penentuan bagi peserta yang bertanding di musim ke enam ini,
Siapa yang bakal menjuarai Biggest Losers 



Kita Tunggu Pengumuman malam ini.

Jemputan Terbuka kepada Semua, 8.30pm di Wellness Center
Fiesta & Potluck Menu Sihat, ada Lucky Draw untuk Tetamu Baru 



Sabtu, 29 September 2012

Raya Part 1


Salam Warahmah...

Tadi baru balik dari Rumah di Klang.. teringat pula kenangan masa dahulu, sebagai anak pertama pasangan luar biasa Haji Kassim dan Allahyarham Hajjah Mastura.

Rasa sungguh bersyukur dapat meneruskan kehidupan harian dengan penuh bermakna setiap hari.
Masa naik ke tingkat atas, sempat lihat gambar ini.. hehe nak bandingkan dengan gambar baby riduan yang comel seperti walidnya juga hehehe.Tatkala kita gembira ini, rasa sungguh insaf kerana ada juga rakan taulan dan sahabat handai yang sampai sekarang belum mendapat rezeki menimang cahaya mata pertama mereka.Semoga Allah meringankan dan mempermudahkan cabaran mereka.


Raya tahun ini memang penuh bersejarah, Kami kembali ke Serkam Melaka selepas hampir 15 tahun tidak beraya di sana.Seronok apabila melihat suasana kampung dan budaya mereka.Hari raya pertama disajikan dengan Ketupat daun nipah penuh lemak bersantan, hehehe sebab tue ramai yang gain weight lepas raya ni.

Hari Raya kedua balik ke Shah Alam, kemudian meneruskan perjalanan ke Perak.Raya ketiga dapat peluang ke Taiping, dan dapat melihat keindahan ciptaan Allah, Pokok yang daunnya mencecah tasik.Dapat juga kami ziarah MRSM taiping tempat Isteri belajar di bangku sekolah dahulu.

Walaupun dalam musim perayaan, misi kami membantu masyarakat menjadi sihat tidak pernah berhenti.Kami berjaya membantu pak uncu dan keluarga untuk memulakan misi menjadi sihat dan hasilnya sangat menggembirakan.


Sabtu, 18 Ogos 2012

Malam 29 Ramadan

Alhamdulillah Syukur dirahmati dengan Bulan Ramadan tahun ini, first time dengan kehadiran baby riduan dalam kehidupan kami.Selama sebulan hampir setiap malam kami beriftar di Kelab nutrisi, dapat peluang memberi inspirasi kepada rakan rakan yang hadir.Ramai yang mencari peluang untuk lebih sihat pada tahun ini, lebih ceria dan lebih cergas untuk beribadah.Sangat sayu untuk meninggalkan kemeriahan bulan ramadan ini, teringat hari pertama kami dirikan solat taraweh di dalam kelab, lagi banyak kita rapatkan diri kepadaNYA lagi banyak rahmat akan dilimpahkan kepada kita.




Ujian dan cabaran adalah perkara biasa kepada kita sebagai manusia, untuk sesuatu berubah kita perlu banyak bersabar dan istiqamah dalam aktiviti seharian kita.

Hari ini saya berpeluang berjumpa dengan tuan haji allen, seronok dapat inspirasi betapa gembiranya kita melihat seorang yang tinggi pendapatan tetapi sangat humble dan rendah diri.Beliau baru balik dari pasar di kuala lumpur dan melihat suasana persiapan hari raya tahun ini.Kita sekiranya ingin berjaya, perlu ada coach dan mentor bagi membantu kita fokus kepada impian dan hajat kita.

Kalau tahun lalu di malam 29 ramadan ini saya dan isteri berada di tanah suci makkah.. malam khatam al Quran..



sangat sayu mengenangkan ketenangan jiwa apabila berada dikalangan Tetamu tetamu Allah.Saya ingin membawa seluruh ahli keluarga terutama Abah, Cek di Klang dan Abah Mak di Perak menunai kan umrah tahun hadapan.. itu harapan dari seorang anak yang inginkan kebahagiaan dan restu dari keluarga.

Apa pun selagi masih ada peluang, kita teruskan munajat dan doa kita pada malam ini.. mana tahu malam ini adalah malam lailatul qadar.. malam yang lebih baik dari seribu satu malam.. Ya Allah permudahkan hidup kami sebagai khalifah didunia ini.. berikan kami kekuatan meneruskan misi kami membantu ramai insan jadi lebih sihat , ceria dan ubah gaya hidup mereka.

Semoga apa yang kita hajat sama sama akan kita dapat pada tahun ini.Mintalah kepada Allah yang Maha Mengasihani HambaNYA yang sentiasa Beriman dan sentiasa Beramal kepadaNYA
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812