Solat Raya didirikan di Masjid Arrahimiah Klang..
Dalam berhujan tahun nie nampak ada kesukaran kepada para petugas korban.. sebanyak 15 ekor lembu dan 4 ekor kambing.Tahun nie saya tidak amik bahagian pada hari pertama.. cuma akan membantu pada hari 13 Zulhijjah nanti di Kuala Kubu Baru insya Allah..
Dalam beraya nie.. ada dapat jemputan daripada Abang Din dan Kak Habibah Sarawak, so pergilah ke umah dia, ada majlis doa selamat sempena rumah baru di Taman Puncak Jalil...
Sepatutnya ramai yang dijemput hadir.. tetapi mungkin tidak ada kesempatan, hanya nampak Ustaz Aziz Che Omar saja.. yang lain tidak sampai ataupun lambat lagi sampai...
Seronok gak bergathering dengan member member dan kenalan di Sudan... kami memang rapat sebab keadaan di Sudan membuatkan komunitinya penuh ukhuwah dan bekerjasama..
Hari nie beli barang barang persiapan untuk majlis korban khamis nie.. kena bantu masak nasi bukhari.. so beli barang tadi di supermarket.. Esok ada promosi J Card... di Aeon Bukit Tinggi.. entah nak pergi ker tak.. sebab mcm tak der apa nak beli jer.. nanti pergi mesti ikut suka hati beli benda yang entah tidak perlu...
2 ulasan:
Wah bestnya... rindu member2 yang dah balik. Abang Din memang rapat ngan student. Hari tu abang din datang kenduri kat KL. Makaci banyak2 abang din...
Memang best ikwah yang dijalinkan dengan abang abang petronas sudan.. mereka anggap kita nie kenalan rapat dan seperti saudara mara mereka gak... so ada peluang kalau dah balik msia pun kenalah jumpa mereka.. teruskan silahturrahim supaya berpanjangan..
Catat Ulasan