Venue tempat yang diadakan adalah di The Regency Tanjung Tuan,Port Dickson.Tempat ini memang cantik dan sesuai untuk family day dan juga sukan air.Pantainya pun bersih dan juga banyak aktiviti boleh dibuat.
Pengerusi Majlis malam tersebut adalah Shahril @ Cpot, siap berbaju melayu warna theme merah.Program kali ini memang konsep simple santai, buffet dinner plus BBQ
Pengarah program adalah Syikin Hilal @ Syah.Overall preparation bagus, cuma ada sedikit problem technical masa bahagikan bilik.Tapi perkara tersebut hanyalah minor dan diselesaikan dengan baiknya.
Sebelum makan, Doa dibacakan oleh Khairil Azhar @ Labu.Nie memang saja diperkenakan oleh MC kita.Tapi pembaca doa nie sporting dan terus ke pentas.
Makanan yang disediakan pihak resort, Menu mix ala kampung dan ada ada western salads dan deserts.
Sedap gak menu yang ada, kira berbaloi gak makan di sini.Ada banyak ulam dan sayur untuk yang menjaga pantang makanan
BBQ disediakan sendiri oleh kami, sebagai tambahan side dish.Oklah sambil makan ada gak yang tolong bakarkan dan hidangkan kepada semua yang ada.
Majlis diserikan dengan games nie, permainan teka siapa di depan anda... kelakarnya kama main pun kalah sebab lambat sebut nama siapa didepan,
Lastly sebelum pulang, kami bergambar.Namun sebab masa dah suntuk, ramai yang dah balik awal sebelum sesi nie.Sebab ada yang duduk jauh kena balik dulu untuk mengelakkan jam sempena weekend cuti sekolah.
Pape pun, rasa memang best dapat bergathering semula.Dicadangkan next gathering boleh dipanjangkan masa kepada 3d/2n supaya masa boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti tambahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan