Sabtu, 27 Disember 2008

Tempoh graduan perubatan menduduki ujian kecekapan dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Tawaran kerajaan kepada graduan perubatan dari universiti luar negara yang tidak diiktiraf untuk menduduki ujian kecekapan yang berakhir pada akhir bulan ini, dilanjutkan setahun lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam hari ini. Beliau berkata peraturan itu membabitkan kira-kira 200 graduan perubatan yang memilih untuk memindahkan kredit mereka kepada universiti tempatan dengan menjalani program bagi menguji kecekapannya selama 18 bulan. Pada mulanya, program ini tamat dalam masa tiga tahun, tetapi ia dipendekkan kepada 18 bulan setelah menteri itu membangkitkan perkara ini pada mesyuarat kabinet Julai lalu, katanya dalam kenyataan di sini. Katanya tempoh itu dipendekkan kepada 18 bulan daripada tiga tahun kerana graduan perubatan merasakan bahawa tempoh tiga tahun adalah terlalu lama kerana kebanyakan mereka berumur 40 tahun ke atas. Graduan daripada institusi yang tidak diiktiraf pada lazimnya dikehendaki lulus dalam ujian kecekapan sebelum mereka mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM). “Semalam, kabinet melanjutkan tarikh akhir untuk menduduki ujian kecekapan itu dari 31 Disember tahun ini kepada 31 Disember tahun depan kerana ramai graduan perubatan mendapati sukar untuk memasuki institusi tempatan bagi menduduki ujian ini,” kata beliau. Dr Subramaniam berkata kabinet mengarahkan Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu graduan perubatan mendapatkan tempat di institusi tempatan bagi tujuan ini. “Penuntut (graduan) akan dibahagikan dan ditempatkan di kolej perubatan kerajaan. Setelah menduduki ujian ini, graduan perubatan boleh ditempatkan di universiti tempatan yang diluluskan untuk menduduki kursus yang diperlukan dan lulus peperiksaan universiti yang dikehendaki bagi memperoleh ijazah. Mereka kemudian ditempatkan sebagai pegawai perubatan di hospital,” tambah beliau. - Bernama

Komen:

Pertama kali melibatkan diri dalam urusan ini, Menteri Kesihatan Malaysia amat prihatin kepada masalah graduan dan juga doktor sekarang,perjumpaan khas pada 16hb dec lepas memang baik. Baguslah kalau dah ada peluang diberikan kepada graduan malaysia di luar negara.Cuma ada sedikit kekeliruan yang berlaku disebabkan kesilapan fakta peperiksaan tersebut, pihak MMC akan mengeluarkan kenyataan khas selepas semua proses diselesaikan.

2 ulasan:

Nurul Zahar berkata...

alhamdulillah memberi sedikit kelegaan bagi mereka yg grad dari luar negara dalam bidang perubatan. patutnya dari dulu lagi dibangkitkan isu ini, mgkn kerajaan tak nampak impaknya lagi. Lebih2 bila skrg ni ramai yg cabut lari kerja luar negara sebab gaji yg ditawarkan lebih lumayan. penat menabur baja tak nampak hasilnya.Kekurangan doktor di negara ini mungkin penyebab isu ini dibangkitkan. kali ini lebih agresif.

Dr Kamarul berkata...

Yup... actually perkara nie dah lama diperbincangkan, cuma kali ini baru diteliti masalah ini.

Nak buat cammana, kita yang dah grad dari sudan bukannya tak berusaha utk mendapatkan pengiktirafan di malaysia, cuma belum ada rezeki lagi.Sepatutnya IUA diberikan sama pengiktirafan sepertimana diberikan kepada Univ Khartoum dan Univ Gazera.

Papepun, Sekurang-kurangnya menteri kesihatan sekarang nie lebih prihatin, siap jemput datang berbincang di Kementerian.Secara dasarnya kabinet dah lulus,cuma perlu ada sedikit prosedur perlu buat.. insya Allah tak lama lagi jadilah student semula.

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812