Selasa, 20 Januari 2009

Kumpulan Darah ABO


Hari nie nak kongsi maklumat mengenai kumpulan darah manusia berdasarkan pembahagian kumpulan darah A,B,O dan AB positif dan negatif.

Dr D'Adamo seorang pakar dalam bidang ini menerangkan mengenai perbezaan tabiat pemakanan dan tahap ketahanan diri berdasarkan jenis kumpulan darah setiap insan.

Kumpulan Pertama : Darah Jenis O

Kumpulan ini adalah golongan yang paling ramai, dan merupakan golongan paling lama hidup dan menapak di muka bumi, sejenis pemakan yang memburu sejak dahulu lagi.Ini menyebabkan mereka yang memiliki jenis darah ini lebih sesuai mengambil diet protien tinggi,kurangkan karbohidrat.Daging daripada jenis merah dan juga ikan tetapi sumber tenusu,bijirin tidak digalakkan.Elakkan mengambil bahan tenusu,kekacang, kurangkan roti dan nasi.Senaman pula ala pemburu, perlu kuat dan lasak seperti aerobik dan berlari, seperti diamalkan sejak zaman purba lagi!!

Kumpulan Kedua: Darah Jenis A

Darah ini merupakan kumpulan kedua teramai, kumpulan manusia asal usul petani dan peladang.Mereka jenis yang memakan sayur sayuran, biji bijirin dan kekacang.Daging amat kurang dalam diet kumpulan ini.Lebih seperti kumpulan herbivor.Jenis makanan yang sesuai adalah seperti kekacang,bijirin,roti,nasi,buah buahan dan sayur sayuran.Hasil tenusu pun tidak digalakkan bagi kumpulan ini.Oleh sebab cara hidup kumpulan ini yang lebih tenang, senaman yang paling sesuai adalah seperti golf atau taichi.

Kumpulan Ketiga: Darah Jenis B

Darah ini hanya akan muncul seorang daripada 10 orang..maknanya hanya 10 peratus sahaja manusia jenis darah ini.Darah yang paling kurang sekatan dan pantang larang dalam pemakanan!.Mereka adalah jenis manusia pengembara, yang gemar memakan dan mencuba masakan antara tempat.Oleh itu mereka boleh menikmati daging, sayur sayuran dan paling penting hasil tenusu!.Makanan yang kurang digalakkan adalah hasil laut bercengkerang.Mengenai senaman, seperti asal usul pengembara, berenang,mendaki dan berjalan adalah yang terbaik.Sambil berjalan sambil berfikir!

Kumpulan Keempat: Jenis Darah AB

Golongan darah yang jarang dijumpai, tengah tengah antara A dan B, mungkin menjadi keliru sama ada nak jadi seorang A yang herbivor ataupun bebas seperti B.Tetapi paling baik adalah sederhana mengambil daging,sayur dan bahan tenusu.Mengenai senaman pun sama.. gabungan antara senaman ringan dan senaman sederhana.

Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

9 ulasan:

the virt berkata...

"Senaman pula ala pemburu, perlu kuat dan lasak seperti aerobik dan berlari, seperti diamalkan sejak zaman purba lagi!!"

ini yang den leteh nih !!

Dr Kamarul berkata...

Puan Am..hahahaha...

Darah O tue darah hunter.. terkam sana sini memburu dalam hutan.. kira kelompok manusia terawal zaman primitif sebelum adanya tamadun, perladangan dan pertanian..

Heheheh.. apa nak buat kan.. kena selalu aktif ler..

Kama nie tiada pantang dan senaman cara jenjalan.. pengembara maklum lar..

cLoVer4miza berkata...

Salam~

hmm xtau pon darah AB sgt jarang.. sesuai kot dgn sikap sy, in between :)

Dr Kamarul berkata...

Salam Warahmah...

Memang jarang darah AB, tetapi jangan risau.. sebab AB adalah penerima universal.. so boleh terima darah dari semua jenis group bila memerlukan.. cuma AB nie "lokek" bab menderma darah.. hehe..

Mahiran berkata...

Assalamualaikum, tannish D
R di hari special ni. Mami ni kena makan ala petani nampak ya....

Mahiran berkata...

ralat... tahniah! Bukan tannish dalam komen tadi. :)

Unknown berkata...

im AB..thanks doc for the info

Darvish berkata...

kenapa darah dari jenis 'o' paling ramai... yang saya dengar darah dari jenis ni payah nak dapat... yang mana satu betul ni..
??

Tanpa Nama berkata...

Saya mempunyai darah o'tue'adakah itu special?

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812