Selasa, 3 Jun 2014

10 Tips Sihat Bertenaga di Bulan Ramadan

Salam Warahmah... Ramadan datang lagi tahun ini, Bulan Rahmat dan penuh keberkatan.Mesti ramai yang ingin perubahan besar berlaku pada tahun ini, ingin menjadi lebih sihat, lebih ceria, boleh beribadah dengan lebih sempurna, dan bertenaga untuk aktiviti harian kita.Alhamdulillah saya tahun ini Ramadan ketujuh untuk berpuasa bersama keluarga nutrisi Herbalife

Saya ingin kongsi Tips awal untuk kita Sihat bertenaga di Bulan Ramadan bersama Herbalife

1. Tulis Matlamat dan Rancang Aktiviti Bulan Ramadan


Bagus kita mulakan dengan merancang apa aktiviti dan juga amalan yang kita ingin buat masa bulan Ramadan, inginkan Badan lebih Sihat untuk senang beribadah, ingin Badan Fit dan Kurus Sebelum Raya? atau ingin Kulit lebih sihat cantik berseri menyambut lebaran.Kita boleh sihat dari segi mental kita, dari segi spiritual kita dan juga fizikal kita.Tujuan kita berpuasa adalah mengabdikan diri kepada Allah dan bulan ini kita inginkan kesihatan dan dapat capai amalan sebanyak yang mungkin

Jumaat, 23 Mei 2014

Tidur Lewat punca gemuk

 
Hafiz (bukan nama sebenar)baru berusia enam tahun tetapi tabiat tidurnya seperti orang dewasa. Dia sering berjaga lewat malam hingga kadang kala mencecah pukul 1 pagi biarpun esoknya merupakan hari sekolah.
Arahan ibu bapanya agar tidur awal langsung tidak diendah, sebaliknya dia terus leka menghadap permainan video atau menonton televisyen. Sepanjang tempoh itu dia akan berulang-alik ke dapur mencari apa saja yang boleh dikunyah bagi mengisi perut yang lapar.

Tabiat tidur lewat malam Hafiz bukan sahaja akan memberi kesan pada rutinnya di sekolah keesokan hari, malah mengambil makanan pada lewat malam juga mendedahkannya pada risiko obesiti.
Menurut Pakar Perunding Kanak-kanak, Pusat Perubatan Kpj Damansara, Dr.Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan waktu tidur yang mencukupi bagi membantu proses perkembangan mental dan fizikal berlaku dengan baik.
“Kanak-kanak yang tidur awal mempunyai kualiti tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh badan dan minda lebih cergas serta bertenaga pada siang hari.
“Di Barat, ibu bapa membiasakan anak mereka tidur pada awal waktu. Kebiasaannya pada pukul 7 atau 8 malam anak-anak akan disuruh masuk tidur. Menjelang waktu itu, mereka sudah tidak digalakkan bermain dan melakukan aktiviti lasak.
“Budaya ini berbeza dengan di Malaysia. Di sini, kanak-kanak tidak dibiasakan dengan rutin tidur awal. Kebanyakan mereka pada pukul 9 malam masih aktif bermain, menonton televisyen dan sebagainya," katanya.
Menurut Dr. Mohammad Iqbal, apabila kanak-kanak dibiarkan berjaga sehingga lewat malam tidak kira sama ada bermain mahupun menonton televisyen, kecenderungan perut mereka berasa lapar adalah lebih tinggi.
Perut yang lapar akan mendorong mereka mengambil makanan pada lewat malam yang akhirnya membawa kepada masalah seterusnya iaitu obesiti.


 




"Satu hidangan berat diambil pada lewat malam menyebabkan tubuh terpaksa bekerja keras untuk mencernakan makanan tersebut.
“Ini juga akan menyebabkan tubuh kepenatan kerana organ-organ pencernaan tidak mendapat rehat yang secukupnya apabila terpaksa bekerja sepanjang malam bagi mencernakan makanan yang diambil," katanya.
Dalam pada itu kata Dr. Mohammad Iqbal, kanak-kanak yang tidur awal juga menunjukkan kesan yang positif pada diri dan aktiviti seharian mereka.
Mereka yang mempunyai tidur cukup akan mudah bangun di awal pagi. Selain itu, mental dan fizikal turut cergas membuatkan mereka lebih konsisten dan fokus ketika di sekolah.
“Kanak-kanak ini juga mempunyai masa yang mencukupi untuk mengambil sarapan pagi. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
“Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu juga mengurangkan masalah berat badan berlebihan, kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengah hari," katanya.

 

Menurut Dr. Mohammad Iqbal lagi, melihat situasi kanak-kanak yang gemar tidur lewat malam, bukan sahaja mengundang tabiat pemakanan lewat malam, malah keadaan itu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kanak-kanak obesiti.
“Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006, menunjukkan 43 peratus rakyat Malaysia berada dalam kategori obes dan daripada jumlah tersebut 38 peratus adalah kanak-kanak.
“Kajian dari institut kesihatan awam pula menunjukkan 19.6 peratus kanak-kanak sekolah berusia dari 7 hingga 12 tahun mengalami masalah obesiti.
“Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah berlebihan berat badan pada usia selepas tiga tahun, akan membesar menjadi orang dewasa yang obes.
“Jika mereka obes pada usia enam tahun, kemungkinan untuk menjadi obes pada usia dewasa adalah 15 peratus lebih tinggi. Bagi kanak-kanak yang obes ketika usia 12 tahun, kecenderungan menjadi obes apabila dewasa ialah 70 peratus," katanya.
Dr. Mohammad Iqbal menambah, pelbagai faktor lain mendorong kepada masalah obesiti di kalangan kanak-kanak, yang perlu mendapat perhatian serius terutamanya di kalangan penjaga mereka.
“Faktor genetik seperti sejarah keluarga yang mempunyai berat badan berlebihan mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak tersebut.
“Selain itu, persekitaran dan cara hidup yang kurang melakukan aktiviti sihat seperti kurang bersenam dan mengambil makanan yang tidak sihat seperti tinggi kandungan gula dan garam turut mempengaruhi kesihatan mereka.
“Sebaiknya, ibu bapa digalakkan mengurangkan kadar pengambilan jus buahan yang mudah dibeli di pasar raya. Kebanyakan jus tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya. - Siti Aishah Yusoff

Khamis, 22 Mei 2014

How to prepare shake on the go

Salam Warahmah, Cara buat shake yang sangat simple untuk yang sibuk dan tiada masa tetapi mempunyai impian untuk Fit dan Kurus.


Egg white omelete with chili tuna

Salam Semua, hari ini saya ingin kongsi Menu Sihat untuk Makan Tengahari, Healthy Home cooked Lunch.


Selasa, 20 Mei 2014

Online Shopping Tesco Malaysia

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsi pengalaman pertama kali menggunakan online shopping tesco, sangat bagus untuk mereka yang sibuk bekerja, dan ia menjimatkan masa tenaga dan wang kita berbanding kita pergi sendiri ke supermarket membeli barang, pengalaman kami kalau beli barang sendiri memang sukar untuk buat budget, pergi balik minima perlu 2 jam juga tidak termasuk kalau berhenti makan dan pusing pusing bersama anak anak.

1. Lokasi Liputan Tesco 


Check dahulu lokasi anda termasuk dalam service tesco ini, seperti kami di Alam Impian sebelum ini tidak termasuk dalam list, setelah beberapa bulan baru ada.

http://www.tesco.com.my/eshop/html/Check-Service-Availability.aspx


Setakat ini mereka hantar ke Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru

2. Layari Laman Web Tesco Malaysia

eshop.tesco.com.my



3. Daftar Pengguna Baru



4. Pilih Barangan yang diperlukan


Staff Tesco yang datang hantar barang tadi beritahu jangan risau dengan kesegaran barangan yang ingin dibeli, mereka akan pilih yang terbaik untuk kita dan sekiranya kita tidak berpuas hati kita tidak perlu bayar mana mana barangan yang kita rasa tidak bagus.



5. Tempah Waktu Penghantaran


Harga penghantaran bergantung kepada Lokasi dan Masa yang kita inginkan boleh pilih mengikut kesesuaian  dan Bayar Menggunakan Kad Kredit semasa barang sampai di rumah kita

6. Lori Tesco Sampai Di Rumah Kita





7. Pembayaran 

Apabila Barang Sudah sampai kita boleh semak semula senarai order yang kita tempah dan boleh buat pembayaran secara kad kredit atau kad debit



 9. Promosi Pembelian Online

Tesco siap bagi pencuci pinggan percuma  untuk pelanggan yang menempah secara online, ia bergantung kepada promosi terkini tesco dan kami dapat Voucher diskaun ke Legoland


10. Hasilnya

 Saya boleh terus masak dan makan tengahari siap dalam masa 30 minit sahaja.Sekarang kami mengamalkan menu sihat sempena Healthy Active Lifestyle, dan saya ingin Fit Sebelum Raya
Menu Lunch hari ini Brown Rice bersama Grilled Chicken, Sun Dried Tomato, Kangkung dengan Tauhu, Alhamdulillah Kenyang


Khamis, 15 Mei 2014

Departure KLIA2 First Time

Salam warahmah, nak kongsi pengalamam first time klia2, perjalanan hari ini dari shah alam ke klia2, kami berangkat jam 5pagi dan sampai jam 5.40 pagi.Waktu seperti ini memang jalan lengang. 

Kepada yang first time ke KLIA2, terminal ini terletak di sebelah KLIA main terminal.Panduannya selepas tol klia, kita terus kehadapan tanpa melalui simpang ke LCCT.Jalan ini seperti ke KLIA, cuma apabila nampak stesen petronas di kiri dan kanan kita, itu tandanya kita dah dekat dengan 

Rabu, 7 Mei 2014

Buat passport baru di pkns shah alam


Salam Warahmah, Mesti ramai yang ingin membuat passport baharu terutama musim cuti sekolah dan perayaan.

Boleh Rujuk Link di bawah untuk butiran lengkap permohonan.

Pengalaman saya sekeluarga membuat passport di Shah Alam, kami datang awal untuk dapatkan no di kaunter.Biasanya memang akan ramai dan kita perlu menunggu lama.Kebetulan kami datang berempat dengan baby dan kanak kanak, kami dapat no yang lebih cepat sedikit.

Tips utama hanyalah senyum dan mohon kalau ada no lebih cepat.Kemudian rancang waktu kita ingin luangkan, adakalanya sehingga separuh hari kalau musim peak.Boleh tanya pada Pegawai bertugas lebih kurang berapa lama baru nama kita akan dipanggil, biasanya mereka akan estimate berapa jam kita ada sebelum nama dipanggil

Saya ingat lagi masa tersebut saya ada 3 jam sebelum nama dipanggil, jadi sempat turun bawah untuk Solat Zohor dan juga Makan Tengahari.PKNS bagus sebab ruangnya selesa dan banyak tempat untuk membeli belah.

Apabila nama kita dipanggil, kita akan ambil gambar di ruang yang disediakan, dan prosesnya lebih kurang 1 jam kita akan dapat passport kita.



Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812