Salam Warahmah,
Alhamdulillah dan segala syukur kepada Allah yang memberi rezeki dan memberikan kekuatan untuk kita harungi kehidupan seharian kita
Alhamdulillah kita masih ada lagi satu hari lagi untuk kita beribadah dan melakukan aktiviti seharian kita
Alhamdulillah kita masih ada Ahli Keluarga Rakan Taulan dan juga Sahabat Handai yang sentiasa mendoakan kita setiap hari
Hari ini saya rasa aat bersyukur juga kerana saya baru sahaja pulang dari Perjalanan Kembara Ilmu di Macau dan Hong Kong, Setiap Tahun kami dapat peluang untuk menikmati keindahan Alam Ciptaan Allah, betapa besarnya kebesaranNYA
Terima Kasih kepada Adik kami, Hamdan Patthi yang mengantar kami ke Airport KLIA2 yang canggih. Kami dapat peluang untuk bersolat Subuh dahulu sebelum masuk ke dalam pesawat.Alhamduillah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Macau mengambil masa 4 jam, kami menaiki pesawat Air Asia.Ini kali kedua Atief menaik pesawat dan Riduan sangat gembira apabila ada tempat duduk sendiri sekarang
Jumaat, 12 September 2014
Selasa, 10 Jun 2014
Tips Turun Berat Badan
1. Menurunkan berat badan secara perlahan dan berterusan untuk kesan yang berpanjangan dan kesihatan yang lebih baik
2. Tetapkan matlamat penurunan berat badan yang realistik, iaitu 0.5 hingga 1kg seminggu
3. Kurangkan pengambilan kalori tanpa menjejaskan nutrien berdasarkan kadar nutrisi yang diperlukan setiap hari
4. Saranan ialah mengurangkan 500kcal sehari, dimana 250kcal adalah daripada diet dan 250kcal adalah melalui aktiviti fizikal, menggunakan konsep 80% Pemakanan dan 20% Senaman
5. Tingkatkan aktiviti senaman kepada 90 minit sehari
6. Timbang berat anda, sekurang-kurangnya sekali seminggu pada waktu yang sama, sebaiknya sebelum sarapan
7. Dapatkan 3 Sajian sayur-sayuran setiap hari, pelbagai jenis dan warna sayur
8. Hadkan kepada 60g lemak seharian
9. Hadkan kepada 5g haram seharian
10. Minum Air Secukupnya, setiap 25kg berat badan 1 liter Air Putih

Selasa, 3 Jun 2014
10 Tips Sihat Bertenaga di Bulan Ramadan
Salam Warahmah... Ramadan datang lagi tahun ini, Bulan Rahmat dan penuh keberkatan.Mesti ramai yang ingin perubahan besar berlaku pada tahun ini, ingin menjadi lebih sihat, lebih ceria, boleh beribadah dengan lebih sempurna, dan bertenaga untuk aktiviti harian kita.Alhamdulillah saya tahun ini Ramadan ketujuh untuk berpuasa bersama keluarga nutrisi Herbalife
Saya ingin kongsi Tips awal untuk kita Sihat bertenaga di Bulan Ramadan bersama Herbalife
1. Tulis Matlamat dan Rancang Aktiviti Bulan Ramadan

Bagus kita mulakan dengan merancang apa aktiviti dan juga amalan yang kita ingin buat masa bulan Ramadan, inginkan Badan lebih Sihat untuk senang beribadah, ingin Badan Fit dan Kurus Sebelum Raya? atau ingin Kulit lebih sihat cantik berseri menyambut lebaran.Kita boleh sihat dari segi mental kita, dari segi spiritual kita dan juga fizikal kita.Tujuan kita berpuasa adalah mengabdikan diri kepada Allah dan bulan ini kita inginkan kesihatan dan dapat capai amalan sebanyak yang mungkin

Jumaat, 23 Mei 2014
Tidur Lewat punca gemuk
Hafiz (bukan nama sebenar)baru berusia enam tahun tetapi tabiat tidurnya seperti orang dewasa. Dia sering berjaga lewat malam hingga kadang kala mencecah pukul 1 pagi biarpun esoknya merupakan hari sekolah.
Arahan ibu bapanya agar tidur awal langsung tidak diendah, sebaliknya dia terus leka menghadap permainan video atau menonton televisyen. Sepanjang tempoh itu dia akan berulang-alik ke dapur mencari apa saja yang boleh dikunyah bagi mengisi perut yang lapar.
Tabiat tidur lewat malam Hafiz bukan sahaja akan memberi kesan pada rutinnya di sekolah keesokan hari, malah mengambil makanan pada lewat malam juga mendedahkannya pada risiko obesiti.
Menurut Pakar Perunding Kanak-kanak, Pusat Perubatan Kpj Damansara, Dr.Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan waktu tidur yang mencukupi bagi membantu proses perkembangan mental dan fizikal berlaku dengan baik.
Kanak-kanak yang tidur awal mempunyai kualiti tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh badan dan minda lebih cergas serta bertenaga pada siang hari.
Di Barat, ibu bapa membiasakan anak mereka tidur pada awal waktu. Kebiasaannya pada pukul 7 atau 8 malam anak-anak akan disuruh masuk tidur. Menjelang waktu itu, mereka sudah tidak digalakkan bermain dan melakukan aktiviti lasak.
Budaya ini berbeza dengan di Malaysia. Di sini, kanak-kanak tidak dibiasakan dengan rutin tidur awal. Kebanyakan mereka pada pukul 9 malam masih aktif bermain, menonton televisyen dan sebagainya," katanya.
Menurut Dr. Mohammad Iqbal, apabila kanak-kanak dibiarkan berjaga sehingga lewat malam tidak kira sama ada bermain mahupun menonton televisyen, kecenderungan perut mereka berasa lapar adalah lebih tinggi.
Perut yang lapar akan mendorong mereka mengambil makanan pada lewat malam yang akhirnya membawa kepada masalah seterusnya iaitu obesiti.
"Satu hidangan berat diambil pada lewat malam menyebabkan tubuh terpaksa bekerja keras untuk mencernakan makanan tersebut.
Ini juga akan menyebabkan tubuh kepenatan kerana organ-organ pencernaan tidak mendapat rehat yang secukupnya apabila terpaksa bekerja sepanjang malam bagi mencernakan makanan yang diambil," katanya.
Dalam pada itu kata Dr. Mohammad Iqbal, kanak-kanak yang tidur awal juga menunjukkan kesan yang positif pada diri dan aktiviti seharian mereka.
Mereka yang mempunyai tidur cukup akan mudah bangun di awal pagi. Selain itu, mental dan fizikal turut cergas membuatkan mereka lebih konsisten dan fokus ketika di sekolah.
Kanak-kanak ini juga mempunyai masa yang mencukupi untuk mengambil sarapan pagi. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu juga mengurangkan masalah berat badan berlebihan, kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengah hari," katanya.
Menurut Dr. Mohammad Iqbal lagi, melihat situasi kanak-kanak yang gemar tidur lewat malam, bukan sahaja mengundang tabiat pemakanan lewat malam, malah keadaan itu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kanak-kanak obesiti.
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006, menunjukkan 43 peratus rakyat Malaysia berada dalam kategori obes dan daripada jumlah tersebut 38 peratus adalah kanak-kanak.
Kajian dari institut kesihatan awam pula menunjukkan 19.6 peratus kanak-kanak sekolah berusia dari 7 hingga 12 tahun mengalami masalah obesiti.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah berlebihan berat badan pada usia selepas tiga tahun, akan membesar menjadi orang dewasa yang obes.
Jika mereka obes pada usia enam tahun, kemungkinan untuk menjadi obes pada usia dewasa adalah 15 peratus lebih tinggi. Bagi kanak-kanak yang obes ketika usia 12 tahun, kecenderungan menjadi obes apabila dewasa ialah 70 peratus," katanya.
Dr. Mohammad Iqbal menambah, pelbagai faktor lain mendorong kepada masalah obesiti di kalangan kanak-kanak, yang perlu mendapat perhatian serius terutamanya di kalangan penjaga mereka.
Faktor genetik seperti sejarah keluarga yang mempunyai berat badan berlebihan mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak tersebut.
Selain itu, persekitaran dan cara hidup yang kurang melakukan aktiviti sihat seperti kurang bersenam dan mengambil makanan yang tidak sihat seperti tinggi kandungan gula dan garam turut mempengaruhi kesihatan mereka.
Sebaiknya, ibu bapa digalakkan mengurangkan kadar pengambilan jus buahan yang mudah dibeli di pasar raya. Kebanyakan jus tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya. - Siti Aishah Yusoff
Khamis, 22 Mei 2014
How to prepare shake on the go
Salam Warahmah, Cara buat shake yang sangat simple untuk yang sibuk dan tiada masa tetapi mempunyai impian untuk Fit dan Kurus.
Egg white omelete with chili tuna
Salam Semua, hari ini saya ingin kongsi Menu Sihat untuk Makan Tengahari, Healthy Home cooked Lunch.

Selasa, 20 Mei 2014
Online Shopping Tesco Malaysia
Salam
Warahmah, hari ini saya ingin kongsi pengalaman pertama kali
menggunakan online shopping tesco, sangat bagus untuk mereka yang sibuk
bekerja, dan ia menjimatkan masa tenaga dan wang kita berbanding kita
pergi sendiri ke supermarket membeli barang, pengalaman kami kalau beli
barang sendiri memang sukar untuk buat budget, pergi balik minima perlu 2
jam juga tidak termasuk kalau berhenti makan dan pusing pusing bersama
anak anak.
1. Lokasi Liputan Tesco
Check dahulu lokasi anda termasuk dalam service tesco ini, seperti kami di Alam Impian sebelum ini tidak termasuk dalam list, setelah beberapa bulan baru ada.
http://www.tesco.com.my/eshop/html/Check-Service-Availability.aspx
Setakat ini mereka hantar ke Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru
2. Layari Laman Web Tesco Malaysia
eshop.tesco.com.my
3. Daftar Pengguna Baru
4. Pilih Barangan yang diperlukan
Staff Tesco yang datang hantar barang tadi beritahu jangan risau dengan kesegaran barangan yang ingin dibeli, mereka akan pilih yang terbaik untuk kita dan sekiranya kita tidak berpuas hati kita tidak perlu bayar mana mana barangan yang kita rasa tidak bagus.
5. Tempah Waktu Penghantaran
Harga penghantaran bergantung kepada Lokasi dan Masa yang kita inginkan boleh pilih mengikut kesesuaian dan Bayar Menggunakan Kad Kredit semasa barang sampai di rumah kita
6. Lori Tesco Sampai Di Rumah Kita
7. Pembayaran
Apabila Barang Sudah sampai kita boleh semak semula senarai order yang kita tempah dan boleh buat pembayaran secara kad kredit atau kad debit
9. Promosi Pembelian Online
Tesco siap bagi pencuci pinggan percuma untuk pelanggan yang menempah secara online, ia bergantung kepada promosi terkini tesco dan kami dapat Voucher diskaun ke Legoland
10. Hasilnya
Saya boleh terus masak dan makan tengahari siap dalam masa 30 minit sahaja.Sekarang kami mengamalkan menu sihat sempena Healthy Active Lifestyle, dan saya ingin Fit Sebelum Raya

Menu Lunch hari ini Brown Rice bersama Grilled Chicken, Sun Dried Tomato, Kangkung dengan Tauhu, Alhamdulillah Kenyang
Langgan:
Catatan (Atom)
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812