Rabu, 18 Mac 2015

Homemade Baked Spaghetti With Chicken Lentils

 

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsikan menu seterusnya.Saya dan Isteri tercinta memang suka masak makanan yang simple dan cepat disediakan, pakai oven atau pemanggang ajaib pun boleh.Ramai yang tanya butiran lengkap resepi kami, maaf ya saya jenis agak agak jer sukatannya hehehe tak reti nak tulis berapa gm setiap bahan.Insya Allah ilmu ini saya nak belajar lagi.


 



Cara Penyediaannya, saya gunakan spaggeti, cari yang perang, saya suka makanan yang tinggi serat.Ada yang suka rebus separuh masak dahulu ada yang suka letak terus dan bakar.Saya suka letak terus dan bakar cepat sikit proses, al maklum kami bekerja sendiri dari rumah, banyak benda boleh buat kalau masa memasak singkat.

Kemudian sediakan kuahnya, saya kali ini buat Kuah Kari bersama ayam dan banyak kacang parpu (Lentils) Tumis minyak zaitun dengan bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau kemudian goreng rempah kari ikut kesukaan kita, tomato puri dan kalau nak pedas boleh tambah juga rempah cili atau cili kisar sendiri, kemudian masukkan kacang parpu (lentils) tambah air sikit sikit dan kemudiannya tambah Ayam Bahagian Dada yang terbaik.Masak sehingga semua ayam betul betul masak dan rasa kuah, tambah garam sikit.Akhirnya masukkan Brokoli dan Tomato yang dipotong kecil kecil.
 






 Ok kita sudah bersedia untuk proses kedua, iaitu pembakaran.Saya ambil sedikit minyak zaitun dan letak pada pyrex lumurkan supaya tidak melekat nanti.Pukul 1 biji telur dan gaulkan pada spaghetti atau kalau ingin guna macaroni atau pasta lain pun ok.Proses seterusnya masukkan kuah kari, pastikan ia melebih paras pasta yang kita letakkan, dan letakkan ayam, brokoli dan tomato dibahagian atas bekas pembakar.Ada yang suka letak cheese tetapi saya kali ini ingin buat menu yang lebih sihat so tiada cheese ya.

Lupa pulak, panaskan oven dahulu dalam 200 darjah, boleh panaskan siap siap masa kita masak kari tadi.Masukkan bekas pembakar ke dalam oven dan bakar dalam 30-40 minit.Kita akan nampak ia seperti menggelegak.Biarkan ia sejuk sikit baru potong.Menu yang ada tomato kalau kita biarkan semalaman rasanya akan jadi lebih sedap! jadi saya buat hari ini sejukkan dan makan esok pun ok.






Apabila sudah siap boleh hidangkan bersama makanan yang lain, pastikan setiap kali makan porsi karbohidrat segenggam tangan kita, protein sebesar tapak tangan dan sayur banyak.Saya makan bersama Hummus yang buat sendiri juga.Alhamdulillah kenyang sekeluarga.Air saya minum Teamix Herbalife yang boleh membakar lemak kita dan memberikan tenaga.

Sila Komen di bawah dan kalau ada cadangan amat di alu-alukan.Selamat menjamu selera!


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812