














Menurut statistik tahun 2005 Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu, Bahagian Bekalan Makanan dan Pertanian, Sudan merupakan Negara ketujuh penyimpan stok kambing di dunia sehingga menjangkau 49 juta kambing keseluruhannya.Menu kambing merupakan hidangan istimewa di sudan terutamanya ketika musim perayaan.
Keadaan menjadi gamat apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak demam Rift Valley di Sudan.Pada of 2 November 2007, 125 kes termasuk 60 kematian dilaporkan dari 10 kawasan lokaliti White Nile, Sinnar,dan Jazirah. Kebanyakan mangsanya adalah lelaki.Sebanyak 25 sampel darah manusia dikenalpasti positif RVF menggunakan teknik PCR atau ELISA.Sekatan makanan daging lembu dari wilayah yang berkenaan disyorkan kepada masyarakat sudan bagi mengelakkan terdedah kepada jangkitan.Tanda-tanda awal jangkitan adalah demam,sengal tulang,pening kepala dan juga pendarahan tiba-tiba.
Termasuk dalam kategori daging putih, ayam merupakan makanan pilihan masyarakat dunia.Hidangan ayam telah termaktub di sejarah peradaban manusia sejak 1400 sebelum masihi oleh Tamadun China.Ayam merupakan sumber protein yang baik serta senang dihadam berbanding daging-daging yang lain.Pandemik Selsema Burung telah melanda dunia sejak kebelakangan ini, adalah disebabkan jangkitan virus H5N1.Ini menyebabkan industri ayam mengalami masalah penyediaan stok yang bebas jangkitan.Walaupun secara umumnya Sudan sudah bebas dari jangkitan penyakit ini, namun keadaan berjaga-jaga perlu diambil supaya masalah ini tidak berulang kembali. 
Laut Merah merupakan tempat habitat lebih 1000 jenis hidupan laut.Ia memiliki kandungan garam yang tinggi sehingga mencecah 3.6 sehingga 3.8% skala saliniti.Terdapat pelbagai jenis udang yang boleh didapati di laut merah.Daripada saiz kecil sehinggalah jenis “Spinny lobster”.Rata-rata rakyat sudan tidak menggemari hidangan udang,namun disebabkan “Market Value” udang dijual dengan harga yang tinggi kepada pendatang-pendatang luar.Walaupun udang merupakan hidangan yang lazat, namun kandungan kolesterolnya amat tinggi serta ramai yang mempunyai alahan kepada zat udang.Elakkan memakan udang disertai dengan minuman susu kerana ini boleh mendedahkan kita kepada toksik arsenik. 
Kajian menunjukan bahawa masyarakat eskimo dan juga bangsa jepun kurang dijangkiti penyakit kardiovaskular.Di dapati amalam memakan ikan yang kerap membantu mempertahankan sistem badan dari jangkitan.Ini kerana ikan terutamanya ikan laut memiliki khasiat omega3 yang tinggi.Ikan sungai nil juga mempunyai khasiatnya namun ramai yang takut mengambilnya untuk mengelakkan jangkitan cacing bilharzia.Namun begitu, sebenarnya ia tidak benar kerana jangkitan ini hanya boleh berlaku sekiranya kita berada di kawasan epidemik dan makanan yang betul-betul dimasak tidak akan menjadi vektor kepada penyakit. 


Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.Akhir bulan raya dapat turun lagi berat... pada 27 hb oktober berat sebanyak 90kg, seluar dah boleh pakai saiz 38.Walaupun memang bulan raya ni penuh dugaan... tetapi Alhamdulillah berkat disiplin dan juga ketahanan mental dan emosi, boleh gak turun berat dan tingkatkan kecerdasan...
Pada hari yang sama ada jamuan hari jadi ahli keluarga, so kamarul jadi Chef... masak sendiri ini memang lebih baik sebab kita boleh pastikan menu itu HALAL, Jimat Kos dan juga setiap aktiviti memasak boleh tambahkan kecerdasan...
Pembuka Selera adalah Tauhu Sumbat , Garden Salad dan Hot Sour Soup.
Salmon dengan Mash Potato, ikan salmon memang baik untuk kesihatan sebab kandungan omega 3 yang tinggi dan rendah lemak
Makaroni bakar dengan daging hancur.... siap ada mozarella cheese... hahaha kena hati hati nak makan nie.. jangan over pulak...
Honey Baked Chicken, siap ada stuffing dalam perut ayam... letak roti, kurma dan sayur sumbat dalam ayam... first time pakai oven... hampir nak rentung kalau tak jaga heheheh


